NUFFNANG

Selasa, Mac 31, 2015

DEMAK SKYLINE200 : CARA-CARA MENUKAR MINYAK ENJIN DEMAK SKYLINE200.

Cara-cara tukar minyak hitam Demak Skyline200
Dah hampir sebulan aku menggunakan jentera Demak Skyline200, meter pun dah mencecah 1000km, sepanjang aku mengunakan jentera Demak Skyline200 ini ternyata jentera Demak yang satu ini sangat selesa ditunggang dan tidak mengecewakan dan yang paling penting jimat petrol.

DEMAK SKYLINE 200 aku...
Ditambah lagi dengan rekabentuknya yang ala-ala superbike walaupun ianya hanya sekadar berkuasa 200cc sahaja. Yang menariknya pasti ada saja mata menjeling bila aku parking sampaikan apek tempat aku beli minyak hitam menyangka motor aku adalah sebuah jentera Kawasaki. Mungkin bentuknya yang seakan-akan Kawasaki ZR800 agaknya...ataupun disebabkan sticker "Kawasaki" yang aku tampal pada fairing tepi motor.
Banyak mata menjeling bila time parking...kembang idung...
Sebenarnya aku bergilir-gilir menggunakan jentera Demak Skyline200 dengan kereta untuk ketempat kerja, dengan sekali perjalanan sejauh 25 km, pergi balik 50km setiap hari melalui highway plus utara selatan menghala ke Tuas Singapura.

Bila meter dah cecah 1000km macam biasalah kena tukar minyak hitam untuk membuang sisa serbuk besi (Istilah otai2 raider la ni) maklumlah piston baru hendak masak.

Nak pergi kedai tukar minyak enjin malas pulak. Tukar sendiri je lah...Ok untuk entry kali ni kita belajar cara untuk tukar minyak enjin, atau sinonim dengan rakyat Malaysia 'Tukar minyak hitam'.

Cara ini ada dalam buku manual Demak Skyline200 sebenarnya. Rajin atau tidak je kita nak membacanya. Dan aku percaya, cara ni juga boleh diguna pakai kat hampir kesemua jenis motor selain Demak Skyline200 cuma mungkin berbeza pada saiz nat bawah enjin dan beberapa faktor lain.

Ok let's start! Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
DS200 aku dah standby untuk di servis buat pertama kalinya...
1- Kain lap (buat lap mana yang patut)


 Cuma perlukan Spanar bulat  saiz 17 dan playar dah boleh buat sendiri...


2- Spanar bulat  saiz 17
3- Playar gabung (untuk buka dipstick)...Penutup tempat isi minyak hitam.
4- Corong minyak (Kalau ada...tak de pun tak pe)
5- Surat khabar lama (buat lapik tak payah basuh lantai nanti)
8- Bekas tadah minyak enjin lama (takkan nak tadah pakai tangan)
9- Penyukat cecair (nak sukat minyak)
Aku gunakan minyak ni "PETRONAS  Syntium Moto 4SP Fully-Synthetic"
10W-50 Harga sebotol 1 Liter RM 52.00...minyak ni power...
10-Minyak enjin (Ikut saranan pengilang) Kalau Demak Skyline200 15w/50 @ 10w/50 Full synthetic 1.3 liter. Bacaan minyak yang depan 15w ka 10w ka boleh pakai yang penting bacaan belakang tu mesti 50.
Dia sorang je yang bersaiz 17. Lain-lain semua kecik saiznya.
Ok dah tahu minyak enjin yang sesuai, pertama sekali kita kenal pasti dulu nat mana yang nak kena buka. Nat dia kat bawah enjin, saiz 17. Tonggeng sikit tengok bawah enjin.
Ok dah kenal pasti, boleh longgarkan nat 17 tu dengan spanar bulat. Longgarkan sahaja, bukan buka habis.
Pusing ke kiri untuk longgarkan nat 17 tadi. Ingat, "righty tighty, lefty loosey".
Bila dah longgarkan dan nat tu boleh pusing dengan tangan, jangan buka dulu nat tu. Alas dulu bawah enjin dengan bekas tadah minyak enjin lama dan surat khabar lama, dan pastikan bekas tadah tu selari dengan nat yang bakal dibuka.
Laa kuning lagi minyaknya. Boleh lajak sikit lagi ni. Tapi tak apa tukar awal. Ikut nasihat pengilang motor.

Tips dari pakar enjin : Masa yang terbaik untuk tukar minyak enjin adalah pada waktu enjin panas.. Ya enjin panas, ini bukan gurauan. Ini kerana bila enjin panas, minyak enjin berada dalam keadaan cair dan lebih mudah dikeluarkan.

Bukanlah maksudnya masa enjin sejuk tidak boleh keluarkan minyak enjin, cuma bila anda keluarkan minyak enjin semasa enjin sejuk, kotoran yang mendap dalam enjin mungkin tidak terkeluar bersama minyak enjin lama.

Maka sebab itu disyorkan minyak enjin lama dikeluarkan semasa enjin panas. Anda juga boleh kickstart slow-slow semasa mengeluarkan minyak enjin untuk membantu mempercepatkan proses pengeluaran minyak enjin. Kickstart slow-slow ya, bukan kickstart macam nak start motor. (Nasib baik DS200 ni ada manual kick starter)
Pastikan washer jangan sampai hilang masa bukak nat...
Ok cukup pasal minyak enjin. Kita tengok gambar bawah ni. Nampak bulatan merah tu? Itu adalah saiz bulatan nat berserta washer.
Pastikan nat diikat ketat bersama washer untuk mengelakkan kebocoran, kalau kat kedai pomen kadang-kadang diorang lupa pasang balik washer ni kena follow up la
Lepas dah tak ada minyak enjin keluar, boleh lah tutup semula lubang bawah enjin tadi dengan nat berserta washer. Pusing ke kanan dulu pakai tangan, bila tangan dah tak boleh pusing baru pakai spanar bulat.

Lagi tips dari pakar enjin : Masa yang terbaik untuk tutup lubang bawah enjin dengan nat adalah pada waktu enjin sejuk.. Haha nampak. Buka masa panas, tutup masa sejuk. Masa panas, semua benda kembang.

Nat kembang, enjin kembang. Kalau tutup jugak lubang bawah enjin tu masa enjin panas, peluang bunga nat rosak (cross-thread) sangat tinggi. Jadi anda kena sejukkan enjin, buka nat bawah enjin, tunggu 1 jam, baru tutup balik (Kalau kat kedai Ah Beng panas2 pun diorang tutup lubang minyak hitam tu) itu lah bagusnya kalau kita tau buat sendiri D.I.Y kata orang Jawa.

Selesai buang minyak enjin lama. Sekarang nak sumbat minyak enjin baru. 


Buka dipstick dengan playar gabung atau tangan...kalau kuat la. Pusing kiri untuk buka. Kalau tak nak ada kesan gigitan playar kat dipstick tu, letak kain dulu baru gigit.


Apa lagi kasi tuang itu minyak suci...Masukkan minyak enjin baru kat lubang dipstick berhati-hati...sayang kalau tumpah mahal oii. Aku masukkan 1Liter (sebotol habis).


Sukat lagi dalam point 3 liter untuk cukupkan 1.3 liter jumlah keseluruhan minyak yang perlu diisi dalam enjin.

Cek paras minyak enjin anda. Sepatutnya ngam-ngam antara HI dan LO. Tapi kalau lebih HI sikit, tak apa. Jangan kurang dari LO.
Tegakkan motor atau guna Paddock Stand untuk lihat paras yang tepat
Aku isi 1.3 Liter, jadi paras minyak enjin berada di atas sikit dari HI. Kalau berada di bawah paras LO atau tak jejak langsung LO, topup sikit minyak enjin supaya berada di antara HI dan LO.
Kalau tutup tak ketat takut ada makhluk bubuh pasir pulak dalam ni hee...
Kalau cun semua, boleh tutup lubang minyak enjin dengan dipstick pakai playar gabung atau tangan je tak perlu ketat bagai nak rak, cukup sekadar tenaga manusia tak boleh buka dengan jarinya. Saya buat macam ni sebab nak elak orang dengki bubuh pasir dalam enjin. Ada ya orang macam ni, jangan cakap tak ada.
Ok dah siap servis...senang je kan...
Dengan menutup lubang minyak enjin tadi, maka selesai sudah upacara menukar minyak enjin. Diingatkan sekali lagi tutor ini tak sesuai untuk otai-otai hanya sesuai untuk pengguna baru jentera "Demak Skyline200" harap maklum.

JOM LAYAN VIDEO PULAK

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: