NUFFNANG

Sabtu, Mac 19, 2011

Kucing dua muka di Australia




GAMBAR ini menunjukkan seekor anak kucing yang 
mempunyai dua muka di Perth, Australia.




PERTH - Seekor anak kucing yang dilahirkan di Perth, Australia mempunyai dua muka dan boleh mengiau menggunakan kedua-dua mulut secara serentak, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak kucing tersebut dilahirkan melalui pembedahan selepas ibu kucing itu menghadapi masalah ketika melahirkan anak.
Namun, anak kucing itu dilahirkan bersama dua ekor anak kucing yang lain dan ia berada dalam keadaan sihat.
Satu laman web tempatan memberitahu bahawa anak kucing itu masih belum mempunyai nama tetapi pemiliknya mahu menamakannya Quasi Modo.
Kelahiran anak kucing istimewa itu disambut oleh doktor haiwan, George Huber dan pembantunya, Louisa Burgess.
Burgess berkata, sepanjang 12 tahun kariernya dia tidak pernah menemui kucing yang mempunyai dua muka.
"Saya pernah melihat kucing yang mempunyai kaki berlebihan dan dua ekor tetapi saya tidak pernah bertemu dengan kes seperti ini," katanya.
Menurutnya, anak kucing itu mempunyai perut yang sempurna dan masih hidup serta ia juga boleh mengiau. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: