NUFFNANG

Isnin, April 18, 2011

Jyothi Raj Spider Man India

Spider Man India ...


PELAJAR-PELAJAR sekolah terpegun melihat aksi Raj.














RAJ menunjukkan salah satu aksinya.

NEW DELHI - Kedua-dua tangan Jyothi Raj, seorang bekas buruh binaan di negeri Karnataka, India melekat seperti watak Spider Manketika dia memanjat dinding, lapor sebuah akhbar semalam.
Jyothi, 22, menyedari dia memiliki keupayaan luar biasa itu empat tahun lalu ketika memanjat pelantar buluh yang biasa digunakan oleh pekerja binaan di rantau Asia.
Dia mendakwa tidak pernah menggunakan abah-abah atau sebarang peralatan keselamatan lain ketika memanjat.
Kebolehannya itu diperoleh selepas dia melihat monyet memanjat pokok dan menyaksikan lakonan pelagak ngeri dalam filem kegemarannya.
"Pada setiap hujung minggu, saya memanjat di kubu yang terkenal di Chitradurga untuk menghiburkan penonton," katanya.
"Saya suka melihat muka penonton apabila saya memanjat dalam keadaan terbalik dan mendengar nafas mereka terhenti kerana bimbang dengan keselamatan saya," ujarnya. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: