NUFFNANG

Sabtu, Mei 28, 2011

Kitar semula air kencing



ANGKASAWAN meminum air kencing yang dikitar semula ketika berada di angkasa lepas.


DI stesen antarabangsa angkasa lepas, para angkasawan meminum kencing yang dihasilkan dengan memprosesnya menjadi air yang boleh diminum. Ini termasuk peluh badan.

“Rasanya sedap,” kata seorang angkasawan Amerika Syarikat, Michael Barratt. Gennady Padalka dari Rusia berkata, beliau mendapati ada buih dalam air yang diminum. Air ini juga datang dengan label yang menyebut: “Minum air ini apabila berada 200 batu dari sini.”
Sistem kitar semula air kencing ini menjimatkan kos Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) kerana tidak perlu meletakkan stok air yang banyak di stesen antarabangsa angkasa lepas.
Sistem kitar semula air telah pun dibawa ke stesen antarabangsa angkasa lepas pada bulan November lalu tetapi tidak boleh digunakan sehingga sampel dibawa balik ke bumi. Di bahagian ruang stesen Rusia, kelembapan dalam air, bukan air kencing ditukar menjadi air untuk diminum.
Dengan enam orang angkasawan, mereka mampu menghasilkan enam gelen air kencing dalam masa enam jam.

3 ulasan:

Mag berkata...

nak buat mcm mana... payat nak dapt sumber air kat angkasa.. Suka baca entry anda.. nice dan menarik.. minat dan follow blog anda ye..

ini entry terbaru saya.
Statistik menunjukkan gengblogger sunyi pada jumaat malam
Gadis gila akan sebatang pisang
Laki aku suka yang berbulu

namialus67 berkata...

Terima kasiah banyak2 kerana anda suka dengan post2 di blog alamcyber,banyak lagi post2 yang menarik setiap hari.

mr.pingu berkata...

eii xsanggup huhu geli2

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: