NUFFNANG

Ahad, Jun 12, 2011

Bekas presiden Bush percaya Bumi dicipta oleh Tuhan



Bekas presiden (AS) Bush

WASHINGTON - Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyatakan kepercayaan beliau bahawa Tuhan yang mencipta bumi.
Bercakap dalam wawancara dengan stesen televisyen ABC,Bush turut berkata, beliau tidak bersifat literalis atau menerima secara total tanpa membuat penafsiran apabila membaca Injil walaupun seseorang individu dapat mempelajari banyak daripada kitab berkenaan, termasuk ajaran New Testament bahawa Tuhan menghantar anaknya bagi mengajar manusia.
Ditanya mengenai ciptaan dan evolusi, Bush berkata: "Saya fikir anda boleh menerima kedua-duanya. Saya fikir evolusi juga boleh - anda mengelirukan saya di sini. Saya hanya bekas seorang Presiden (bukan pakar).

"Namun, bagi saya, saya percaya Tuhan mencipta Bumi, mencipta alam ini," kata Bush.
Menurut bekas presiden itu, penciptaan alam ini penuh dengan misteri dan ia memerlukan sesuatu yang begitu berkuasa seperti Tuhan dan beliau turut menolak kepercayaan kepada Tuhan itu bercanggah dengan bukti saintifik bahawa evolusi sememangnya berlaku.
"Saya percaya bahawa evolusi tidak menerangkan sepenuhnya rahsia kehidupan ini," jelasnya. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: