NUFFNANG

Ahad, Julai 24, 2011

Mengubat sakit kepala

KUNTUMAN mekar Ara Dani semerbak pada waktu malam.

ARA DANI adalah sejenis renek yang memanjat. Daun bujur memanjang dan meruncing di bahagian hujung serta tumbuh berpasang-pasangan di sepanjang batang. Batangnya keras dan liat. Batang muda berwarna hijau dan yang tua berwarna hitam.
Bunganya terbit berjambak di hujung dahan. Kuntum yang muda berwarna putih tetapi kemudian bertukar menjadi merah setelah mengembang dan seterusnya menjadi merah jambu apabila hampir gugur. Tangkai bunga panjang menjadikan penampilannya yang berjuntaian cukup menarik. Pokok ini amat sesuai dijadikan hiasan di pagar rumah.
Keistimewaan bunga ini ialah ia mekar pada waktu malam dengan mengeluarkan bau yang semerbak. Buahnya kecil berwarna kehitaman berukuran tiga sentimeter panjang.
Nama saintifiknya Quisqualis indica L. Selain ara dani, berbagai nama lagi diberikan kepada pokok ini. Ada yang memanggilnya bunga rangoon, akar dani, udani, redani, akar pontianak dan lain-lain. Pokok ini mudah tumbuh dengan hanya mengambil batangnya sebagai bibit. Ia juga mudah bercabang dengan mencantas hujungnya.
Kamarudin Mat-Salleh (2002) yang memetik dari Burkill (1935) menyebut bahawa buah yang separuh masak direndam di dalam air dan jika diminum boleh melegakan cirit-birit, membuang cacing di dalam perut dan juga boleh melegakan sakit kepala.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: