NUFFNANG

Isnin, September 26, 2011

Orang tua dari Hong Kong jadi pemuda di Kanada


HEBAT...Penyamaran mirip siri "Mission Immposible"



TOPENG muka yang dipakai pemuda dari Hong Kong.

VANCOUVER, Kanada - Polis menangkap seorang penumpang yang menaiki sebuah pesawat di Hong Kong sebagai orang tua tetapi semasa tiba di Vancouver dia menjadi seorang pemuda, lapor sebuah akhbar. 
Dia ditahan pada 29 September lalu selepas pesawat yang dinaikinya tiba di sebuah lapangan terbang di sini.
Satu amaran perisikan yang dikeluarkan oleh Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada yang menyatakan: "Maklumat telah diterima daripada pihak Keselamatan Penerbangan Kanada berhubung kemungkinan seorang penyamar dalam satu penerbangan dari Hong Kong.
"Penumpang itu diperhatikan dari permulaan penerbangan merupakan seorang lelaki tua Kaukasia yang didapati memiliki tangan orang muda.
"Dalam penerbangan, lelaki itu pergi ke tandas dan kemudian keluar sebagai seornag lelaki Asia berumur dalam lingkungan 20-an."
Selepas pesawat itu mendarat, lelaki yang menyamar itu diiringi oleh beberapa anggota pengawal sempadan Kanada.

WAJAH sebenar pemuda yang memakai topeng.


Agensi itu enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi menyatakan, lelaki itu menaiki penerbangan dengan menggunakan pas milik orang lain.
Pemuda itu memakai topeng muka silikon sebagai orang tua dan menanggalkannya semasa berada di dalam tandas pesawat.
Anggota-anggota agensi tersebut turut menemui beg yang mengandungi topeng muka silikon itu. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: