NEW DELHI - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Whitney mengahwini seorang penarik beca India selepas menaiki becanya, lapor sebuah akhbar.
Wanita berusia 26 tahun dan berasal dari Chicago itu bertemu dengan Harish Hotala pada minggu lalu di Jaipur di negeri Rajasthan yang terkenal dengan banyak istana lama.
Akhbar Mail Today melaporkan Whitney tanpa menyatakan nama keluarganya mengupah pemandu beca bermotor tersebut untuk membawanya melihat pemandangan di ibu negeri barat India itu.
Whitney 26 tahun suka naik beca mengelilingi bandar Jaipur. |
"Pada hari ketiga kami mengembara, dia mengejutkan saya dengan membuat lamaran. Saya akhirnya jatuh cinta," katanya.
Mereka berkenalan pada Sabtu lalu sebelum berkahwin pada Rabu lepas dalam satu upacara ringkas dengan memakai sari tradisional dan gambar mereka disiarkan di akhbar itu.
Bersanding pun atas beca. |
Akhbar tersebut menyatakan Harish merupakan pemandu beca teksi yang fasih berbahasa Inggeris. Biarpun tercicir persekolahan, dia fasih berbahasa Inggeris dan memiliki tiga buah beca berenjin.
Whitney dijangka pulang semula ke AS pada Rabu depan untuk bertemu dengan keluarganya. - AFP
Jom Tengok Video Dia Pulak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan