BEBERAPA penduduk menyaksikan satu kawah yang terbentuk dipercayai akibat hentaman tahi bintang di sebuah padang dekat Mazsalaca, Latvia.
|
Kejadian itu berlaku dekat sebuah rumah ladang dekat bandar Mazsalaca dalam daerah Valmiera berhampiran dengan sempadan Estonia, 798 kilometer ke tenggara Moscow, Rusia.
Ia menghasilkan kawah sedalam lima meter dan selebar 15 meter, namun saksi-saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti sebuah pesawat terbang yang rendah sebelum kawah tersebut terbentuk.
Seorang jurucakap perkhidmatan bomba Latvia berkata, satu unit pengesan kimia dari pasukan tentera telah menguji kesan objek tersebut dan mendapati paras radiasi masih normal.
Anggota polis membuat kepungan di sekitar kawasan tersebut sementara menunggu pakar geologi dari Universiti Latvia tiba bagi mengesahkan sama ada objek itu ialah tahi bintang. - Agensi
LIHAT VIDEO :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan