Kerjaya pegawai tentera tidak lagi dianggap pilihan kedua dan ketiga ketika mereka mahu mencari pekerjaan.
Pada tahun ini seramai 604 daripada 14,396 permohonan diterima masuk ke UPNM membabitkan 503 pegawai kadet dan 103 (calon awam).
UPNM VIDEO
Manakala mahasiswa daripada calon awam akan membiayai sendiri kos pengajian masing-masing, termasuk mendapatkan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Manfaat dan kemudahan yang diterima serta peluang kenaikan pangkat anggota tentera sentiasa menjadi daya tarikan kepada bekas pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap tahun UPNM menerima puluhan ribu permohonan daripada lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian masing-masing, terutama dalam bidang kejuruteraan.
Sehubungan itu menurutnya, UPNM akan meneliti kemasukan pelajar baru dan menerima mereka yang benar-benar layak dari segi akademik dan fizikal.
“Tidak ramai lepasan SPM dan ibu bapa menyedari apa yang sedang berlaku di UPNM ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Orientasi Siswa UPNM di Dewan Tun Templer, UPNM, Sungai Besi, baru-baru ini.
Temu duga berminggu-minggu
TambahPelajar baru mengangkat janji setia menjadi salah seorang parajurit negara. kapsyen |
“Ia berikutan senario pengajian tinggi negara berkembang dengan begitu pesat sekali selari arus dan ledakan globalisasi yang menghasilkan daya penggerak serta membentuk hala tuju baru pengajian tinggi di dunia,” jelasnya.
Ahmad Zahid berkata, hala tuju ini juga melahirkan beberapa trend baru melalui proses globalisasi, mobiliti, kolaborasi, evolusi dalam pembelajaran dan pengajaran serta penggunaan teknologi yang maksimum.
“Ini bermakna, Malaysia dan institusi pengajian tingginya perlu memberi pertimbangan wajar terhadap impak dinamik ini kepada hala tuju strategik negara, sistem serta institusi pengajian tinggi menjadi lebih bersifat antarabangsa, tidak jumud dan akan terbina jaringan yang berasaskan kolaborasi serta komplementari, sebaliknya bukan terhadap persaingan semata-mata,” katanya.
Beliau berkata, pelajar seharusnya mempersiapkan diri menempuhi gelombang global arus pengajian tinggi sekarang yang bukan hanya bersaing di antara pelajar tempatan, tetapi antarabangsa yang lain.
“Sehubungan itu, pelajar perlu fokus dan memberikan komitmen yang jitu bagi mendapatkan ijazah kelas pertama dan mempunyai kualiti global serta mampu menjadi penggerak kepada sumber manusia yang berinovatif dan kreatif demi masa depan negara.
“Menyedari hakikat ini Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan transformasi pengajian tinggi dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk membantu pelajar mempersiapkan diri bergelar graduan modal insan kelas pertama yang berdaya saing, kreatif, inovatif serta berkualiti sebagai penyumbang kepada kelangsungan kepimpinan negara,” katanya.
Ciri mahasiswa UPNM
Kemasukan pelajar ke sini bukan sebagai pilihan tercorot. |
“Oleh itu mahasiswa UPNM harus merebut peluang keemasan mempertingkatkan potensi diri dan menjadi mahasiswa unik sepanjang berada di sini.
UPNM VIDEO “Keikhlasan amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Kepimpinan mahasiswa seakan memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai,” katanya.
Beliau menasihatkan mahasiswa supaya menguruskan masa dan kewangan serta mengetepikan kepentingan diri buat sementara waktu bagi memastikan amanah kepimpinan di lunas dengan baik.
“Tingkatkan keupayaan diri baik dalam bidang akademik, ketenteraan mahupun kemahiran insaniah yang merupakan medan pelajar melakar kecemerlangan diri.
“Kita mesti fokus dalam setiap bidang diceburi agar tercapai kecemerlangan yang ingin di kecapi,” katanya.
Ahmad Zahid Hamidi |
Link
1 ulasan:
jgn nnt gadai negara dh le mcm kebanyakan pemimpin2 skrg...semua nak songlap masuk kantung masing2...rakyat marhain juga yg menderita...
Catat Ulasan