NUFFNANG

Isnin, Ogos 19, 2013

KEMANA FANDI AHMAD?

Jasa dan sumbangannya dalam mempertingkat mutu bola sepak Johor amat dihargai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.
KEMELUT yang melanda bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Fandi Ahmad, dan majikannya kini berakhir.

Tengku Mahkota Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Dalam satu kenyataan rasmi daripada Tengku Mahkota Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Pasukan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), yang dikeluarkan semalam, mengesahkan bahawa Fandi Ahmad masih lagi berkhidmat sebagai pegawai dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

"Persatuan Bola Sepak Negeri Johor ingin mengumumkan bahawa saudara Fandi Ahmad masih berkhidmat sebagai pegawai dalam PBNJ.

"Buat masa kini, Fandi berkhidmat sebagai pengurus pasukan Johor Darul Takzim,'' tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, perkembangan terbaru ini tiada kenamengena dengan pecapaian pasukan JDT dalam arena bola sepak Malaysia pada peringkat tertinggi musim ini.

Kejayaan menduduki tempat ketiga dalam Liga Super dan Naib Juara Piala FA boleh dikatakan membanggakan memandangkan ia merupakan tahun pertama penyertaan pasukan JDT.

"PBNJ ingin mengesahkan bahawa Fandi Ahmad buat masa kini masih lagi bertanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan akan terus berkhidmat dengan PBNJ sebagai Ketua Pembangunan dan Jururunding Pasukan," ujar kenyataan itu lagi.

Keputusan PBNJ mengambil langkah melantik jurulatih asal Sepanyol, Cesar Ferrando, sebagai pengurus pasukan dan ketua jurulatih yang baru bertujuan memperkenalkan pendekatan teknikal yang berbeza dan memupuk perubahan mentaliti positif dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan pemain.
Fandi Ahmad
"PBNJ ingin merakamkan setinggi terima kasih dan penghargaan terhadap segala sumbangan dan usaha Fandi dalam meningkatkan mutu bola sepak Johor.

"PBNJ juga berasa dukacita dan menekankan bahawa segala spekulasi berkenaan kedudukan Fandi Ahmad baru-baru ini tidak berasas sama sekali dan berharap agar pihakpihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan sebarang spekulasi melainkan daripada kenyataan rasmi yang dikeluarkan PBNJ sendiri dari semasa ke semasa sekiranya ada," ujar PBNJ.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: