NUFFNANG

Jumaat, Ogos 23, 2013

TEGAR : PENGEMIS BERUBAH ARTIS POPULAR

Tegar Septian 
Usia bukan halangan untuk seseorang itu menunjukkan bakatnya di dalam apa juga bidang apatah lagi jika dilihat kini ruang dan peluang menunjukkan bakat semakin terbuka. Jika di Malaysia kebanyakan penggiat seni dinilai melalui pelbagai laman sosial yang ada.


VIDEO Tegar - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ( Lirik )

Di Indonesia pula, selain menggunakan laman sosial bakat mereka juga dapat dilihat menerusi nyanyian jalanan yang semakin menjadi perhatian ramai pemuzik di sana. 
Tidak terkecuali kepada kanak-kanak dari seberang, Tegar Septian, 12, yang mula dikenali selepas bakatnya dilihat sebagai penyanyi jalanan atau pengemis (pengamen). 

Dengan melalui dua zaman yang berbeza iaitu ketika bergelar pengemis jalanan hampir lima tahun lalu, kemudian nasibnya berubah selepas bergelar juara pada pertandingan nyanyian yang dianjurkan di Subang Jawa Barat, Indonesia.

Pertandingan itu menjadi platform paling kuat buat anak kelahiran Pemalang ini sehingga berjaya mengubah nasibnya secara mendadak. Tegar kini seorang artis.

Dia bukan lagi ‘Tegar Pengemis Cilik Subang’ atau ‘Tegar Anak Pengemis’ yang mengharapkan sumbangan orang setiap kali menyanyi sambil bermain gitar. 

Berbangga dengan bakat dan populariti sedia ada, kini Tegar tidak lagi perlu merayu belas simpati orang demi sesuap nasi. Dia juga tidak perlu bersusah payah menonjolkan bakat bermain alat muzik dan merayau ke merata tempat. 

Ini kerana anak sulung daripada empat beradik ini sedang membina nama dan karier seninya sendiri untuk bersaing dengan barisan bakat baru sedia ada di Indonesia. 

Paling penting kelompok Tegar bukan lagi di jalanan. Tegar sudah ada ‘lesen besar’ untuk menghiburkan khalayak lebih luas sejak rasmi bergelar penyanyi awal tahun lalu. 

Single pertama berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, dendangannya itu cukup dekat dengan dirinya. Lagu yang mengisahkan realiti hidup Tegar menarik minat banyak pihak. 

Tegar dibesarkan serba tidak sempurna. Dia tidak sekolah dan ditugaskan oleh ibu, Ratna Dwi Sisi untuk menjaga tiga orang adiknya yang masih kecil. 

Disebabkan sikap degil Tegar yang tidak mahu hidup dalam kepompong kemiskinan, Tegar kemudiannya lari dari rumah berbulan lamanya. 

VIDEO TEGAR DULU-DULU :

Tanpa pengetahuan orang tuanya, Tegar bergaul dengan sekumpulan anak jalanan yang mencari rezeki dengan cara mengemis. 

Menerusi pergaulan tanpa mengenal usia itu juga Tegar berlatih menyanyi selain belajar bermain instrumen muzik termasuk piano dan seruling. 

Malah dia kemudian pandai belajar menghisap rokok dan menghidu gam. Moral, sikap dan kehidupan Tegar bertukar tanpa kawalan dan pemerhatian khusus daripada orang tua. 
Alfas Hermansyah
Namun begitu, Tegar kemudiannya ‘diselamatkan’ oleh seorang lelaki bernama Alfas Hermansyah yang prihatin dengan nasib kanak-kanak itu. 

Menyedari Tegar berkebolehan besar dalam dunia nyanyian, Alfas yang mengenali beberapa orang industri akhirnya mendapatkan peluang untuk merakam single pertama Tegar. 

Selain itu Alfas turut merebut kesempatan buat Tegar untuk berduet dengan kumpulan popular Netral menerusi lagu berjudul Salahkah Aku Memujamu. 

Jadual harian Tegar kini padat dengan jemputan menyanyi serata Indonesia. Wajah Tegar kerap muncul di media cetak dan penyiaran. Malah Tegar tidak pernah melupakan asal usulnya sehingga kini. 

“Saya belajar menyanyi sejak berusia empat tahun. Saya pernah ikut ibu menyanyi sambil mengemis. Secara tidak langsung, bakat yang saya ada ini diwarisi daripadanya. 

“Hidup di jalanan menyebabkan mental saya kuat. Saya semakin mengerti apa yang perlu ada pada kanak-kanak seusia saya iaitu pelajaran. Saya mahu bersekolah selain membantu keluarga,” katanya yang mempunyai pelbagai versi dendangan jalanan yang dimuat naik orang ramai di YouTube. 


Teringin Berduet dengan Noah 
NOAH BAND
Selain menjadikan kumpulan Noah sebagai idolanya, Tegar menyimpan hasrat andai suatu hari nanti dapat menyanyi duet bersama kumpulan berkenaan. Bahkan dengan keyakinan yang ada pada dirinya, Tegar mengakui siap bersaing bersama Ariel vokalis Noah. 

“Siap! Aku juga senang duet bersama Ariel,” katanya ringkas. 

Keyakinannya itu dapat dilihat melalui kemahirannya menguasai alat muzik seperti drum dan piano. Malah Tegar juga pandai menari ‘break dance’. 

“Nyanyi, break dance, drum, piano dan gitar sudah berjaya aku kuasai. Saya berharap akan terus berjaya di dalam bidang ini sampai bila-bila,” katanya. 

Jadual nyanyian yang sentiasa padat membuatkan Tegar tidak pernah lupa akan tujuan asalnya menjadi seorang penyanyi, oleh itu setiap minggu dia akan memberi wang belanja kepada orang tuanya. 

“Saya tidak tahu berapa banyak jumlah bayaran yang diterima setiap kali mengadakan persembahan kerana semuanya diuruskan oleh syarikat pengurusan. Apa yang penting saya dapat memberi wang belanja mingguan kepada keluarga di samping melihat mereka lebih bahagia. 

“Saya juga mempunyai impian untuk membina sebuah rumah buat keluarga di daerah Cikampek, Jakarta, di sini, Alhamdulillah saya gembira dapat membahagiakan ibu, saudara, nenek dan semuanya,” katanya. 

INFO 
Tegar Septian 
Nama Sebenar: Tegar Septian 
Nama Pentas: Tegar si pe­ngamen cilik 
Tempat lahir: Subang 
Tarikh Lahir: 19 September 2001 
Pekerjaan: Pengemis cilik 
Pendidikan: Kelas 3 di MI yayasan As Salafi 
Lagu Popular: Pengamen Cilik, I love you, Salahkah Aku Memujamu feat Netral, Aku Yang Dulu Bukanlah yang sekarang

LINK

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: