LG POCKET PHOTO |
Kebiasaannya selepas anda merakam foto menggunakan telefon pintar, anda akan terus menyimpannya dan terperap dalam memori atau sekadar berkongsi di Facebook atau Whatsapp yang membosankan.
Apa kata kita gunakan cara lama (seperti zaman menggunakan kamera polaroid) untuk mencetak foto seterusnya berkongsinya dengan saudara atau rakan terdekat menggunakan pencetak kompak LG Photo Pocket.
Apa kata kita gunakan cara lama (seperti zaman menggunakan kamera polaroid) untuk mencetak foto seterusnya berkongsinya dengan saudara atau rakan terdekat menggunakan pencetak kompak LG Photo Pocket.
Pastinya LG Pocket Photo adalah aksesori terbaik untuk telefon pintar terutama musim cuti persekolahan tidak terlalu jauh di depan.
BERBALOI memilikinya |
Menariknya, pencetak kompak ini tidak menggunakan sebarang katrij, tetapi ia bergantung kepada kertas ZINK iaitu teknologi kertas yang menghasilkan warna sebaik dipanaskan dalam pencetak terbabit.
Setakat ini, terdapat dua jenis kertas iaitu ZINK dan ZINK 2.0, namun lebih baik jika anda menggunakan kertas jenis ZINK 2.0 yang lebih baik.
Ia dijual pada harga RM49.90 untuk tiga paket yang masing-masing mengandungi 30 helai kertas bersaiz sebesar kad kredit.
Apa yang perlu anda lakukan hanya memindah turun aplikasi LG Pocket Photo yang boleh didapati menerusi App Store atau Google Play dan menyambungkan pencetak terbabit ke telefon menerusi sambungan Bluetooth atau NFC.
Cara ringkas adalah merakam foto sebelum mengklik butang cetak, namun anda juga boleh mendapatkan suntingan khas untuk foto tertentu sebelum mencetaknya.
SENANG digunakan |
Meskipun ia hanya menawarkan satu saiz cetakan saja iaitu 2 x 3 inci, tetapi ia masih aksesori yang menyeronokkan ketika acara seperti hari lahir dan sebagainya.
LG Pocket Photo dijual pada harga kira-kira RM399.
INFO
LG Pocket Photo
Harga: RM399
Pengeluar: LG Malaysia
Pertanyaan: LG Malaysia
Laman Web: lg.com.my
Ciri: Pencetak kompak
Pro: Pantas mencetak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan