NUFFNANG

Rabu, Mac 26, 2014

MH370 : MANIPULASI SINDIKET

DALAM keghairan membaca berita mengenai kehilangan MH370, maklumat peribadi pemilik akan diakses untuk tujuan 'JAHAT'.
Di sebalik tumpuan seluruh dunia terhadap kehilangan pesawat Boeing 777 dengan kod penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines 17 hari lalu (sehingga artikel ini ditulis), terdapat pihak yang cuba mengambil ke­sempatan mencari populariti murahan menyebarkan berita palsu berlegar di ruang siber.

Bukan saja palsu, malah terdapat beberapa pautan yang disebarkan me­ngandungi virus mampu menjang­kiti komputer peribadi (PC) pengguna sekira­nya tidak berhati-hati.

Ia diburukkan lagi de­ngan ketaasuban sesete­ngah pengguna yang mahu menjadi ‘orang pertama’ menyebarkan berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan pautan dibaca sebelum berkongsi dengan orang lain.

Berbanding membaca­nya di media massa yang boleh dipercayai, terdapat golongan lebih percaya kisah ‘kawan kepada kawan yang ibunya bekerja di pesawat tertentu mempunyai adik saudara pernah menaiki bla...bla...’ di Internet sebelum mengesahkannya terlebih dahulu amat mendukacitakan.
VIDEO palsu yang menyebabkan pengguna dilencongkan ke laman yang tidak ada kena mengena dengan MH370.
Penyebaran berita palsu pertama berlaku hanya lima hari selepas kehila­ngan MH370 apabila pautan di laman Facebook dengan tajuk ‘MH370 dijumpai, 50 penumpang selamat’ mula tersebar yang kemudiannya dikongsi individu tanpa memeriksa terlebih dahulu kandungannya.

Bagaimanapun, ia ternyata pautan kepada laman web palsu lain dengan niat untuk mendapatkan maklumat peribadi pemilik akaun yang mengakses capaian itu.
FOTO nahas pesawat Lion Air yang terhempas di Bali, April tahun lalu yang didakwa MH370.
Malah, wujud beberapa pautan yang mendakwa terdapat rakaman video di YouTube yang mendakwa MH370 dijumpai di segi tiga Bermuda, baru-baru ini.

Namun, video terbabit hanya klip foto nahas pesawat Lion Air yang terhempas di Bali, April tahun lalu.

Bukan itu saja, terdapat segelintir nama besar seperti selebriti yang turut seakan tidak sensitif dengan perasaan keluarga mangsa seperti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58, memindah naik gambar dirinya memegang pemantul cahaya di tepi pantai dengan keterangan gambar mencetus kemarahan sesetengah pihak. 
CHEF Wan bikin kecoh satu Malaya....
Keterangan gambarnya berbunyi: “Dua objek di Perth dan satu ini saya i­ngatkan adalah sebahagian pintu kapal terbang. Setelah diteliti, rupanya ia hanyalah sebahagian daripada Pintu Jamban Cik Kiah di Pantai Morib yang sudah usang rupanya. Adoi Frust (kecewa).”

Chef Wan kemudian menarik balik status berkenaan, tidak lama selepas ia mula tersebar di Internet.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, orang ramai terutama pengguna laman sosial dinasihati supaya tidak tertipu dengan capaian di Internet yang me­nyiarkan sebarang berita 
sensasi mengenai penemuan MH370.

“Kita ada menerima laporan berkaitan pe­nyebaran maklumat palsu yang seharusnya tidak dikongsi,” kata Sharil ketika ditemu bual IT@Metro mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab terbabit.

Menurutnya, pengguna Internet tidak seharusnya terburu-buru percaya berita yang bukan saja tidak sahih, malah memberi kesan kepada ahli keluarga waris penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih hilang.

“Sebelum menyebarkan sebarang maklumat atau berita, cuba bayangkan perasaan ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang.

“Sikap mahu menjadi orang pertama menyampaikan berita tidak harus berlaku,” tegasnya.

Beliau turut meminta orang ramai mendapatkan berita daripada media sebenar dan bukan media sosial semata-mata.
IHAT pautan terbabit, klik pada pada butang kanan tetikus, klik pada ‘Copy Link Location’.
Terdapat sindiket yang mengambil kesempatan memanipulasi keghairahan dan berusaha menarik minat i­ngin tahu orang ramai setiap kali bencana melanda di mana-mana negara.
AKAUN palsu @OfficialCNN menyebarkan berita palsu.
Modus operandi penipuan itu mudah diketahui dengan memaparkan tajuk sensasi dan tidak munasabah supaya orang ramai cenderung membuka capaian itu bagi mendapat­kan maklumat lanjut.

Sebelum ini, ia berlaku di beberapa bencana seperti tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011 dan taufan di Filipina, tahun lalu apabila memuat naik penemuan mangsa dan punca di sebalik bencana terbabit.
PASTE’ kan ke laman virustotal.com di ruang URL.
Bagaimanapun, selepas diklik laman palsu akan meminta pengguna meleng­kapkan beberapa soalan dan memberi kebenaran untuk mengakses profil pemilik akaun sebelum dapat menonton klip serta gambar dipindah naik.

Ia sekali gus memung­kinkan pihak tidak bertanggungjawab bukan saja meng­akses maklumat peribadi anda, tetapi maklumat rakan yang berada dalam akaun laman sosial.

Niat sindiketnya sama apabila semua maklumat peribadi akan disalin secara automatik dan akaun berkenaan boleh diakses oleh sindiket untuk tujuan jahat.

IA akan memaklumkan status laman web yang mencurigakan.
Individu yang menyebarkan berita palsu boleh didakwa tindakan oleh SKMM dibawah Seksyen 211 dan/atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998:

• Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, me­ngugut atau mengganggu mana-mana orang.

• Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Selain itu, Seksyen 233 memperuntukkan:

• Dalam sesuatu kod kandungan yang disediakan oleh forum kandungan atau Suruhanjaya hendaklah dimasukkan tatacara contoh bagi menangani kandungan jelik atau sumbang.

• Komunikasi dan Multimedia 117 (2) Perkara-perkara yang boleh dikendalikan dalam kod itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada: 

- sekatan terhadap pemberian kandungan yang tidak sesuai

- kaedah untuk meng­kelaskan kandungan

- tatacara bagi mengendalikan aduan orang ramai dan bagi melaporkan maklumat mengenai aduan kepada Suruhanjaya

- gambaran budaya Malaysia dan identiti kebangsaan

- maklumat dan pendidikan awam berkenaan de­ngan pengawalseliaan kandungan dan teknologi bagi kawalan kandungan oleh pengguna akhir 

- perkara-perkara lain yang penting kepada masyarakat.


Pasukan Maklum Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) yang bernaung di bawah Cybersecurity Malaysia menggariskan langkah bagi mengelakkan pengguna tertipu dengan taktik jahat ruang siber termasuk:

• Tidak mempercayai dan berkongsi mesej palsu dengan mengendahkan maklumat terbabit.

• Tidak mengklik atau membuka gambar atau video apabila pautan terbabit akan dilencongkan ke laman web berniat jahat.

• Pindah turun atau kemas kini perisian antivirus.

• Pengguna diminta memanjangkan e-mel, video dan URL kepada pasukan MyCERTA untuk analisa lanjut (mycert@mycert.org.my).

• Padam gambar dengan segera atau jangan ‘like’.

• Padam sebarang aplikasi tambahan yang dipasang selepas menonton video atau foto palsu.

• Buka tetapan aplikasi Facebook dan klik ‘X’ di ruang kanan untuk membuang aplikasi palsu yang meniru ‘CNN’, ‘Fox News’ dan ‘YouTube’.


Bagaimana untuk menyemak pautan palsu yang mengandungi virus:

• Lihat pautan terbabit, klik pada pada butang kanan tetikus, klik pada ‘Copy Link Location’.

• ‘Paste’ kan ke laman virustotal.com di ruang URL.

• Ia akan memaklumkan status laman web yang mencurigakan.

-sumber-

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: