NUFFNANG

Jumaat, Disember 26, 2014

KORANG TAU TAK NEGARA PERNAH DILANDA BAH BESAR PADA TAHUN 1926 DAN 1971

Kota Bharu turut terkena tempias bah besar tahun 1971
Banjir gelombang kedua yang melanda negara sekarang mengingatkan kita kembali kepada siri kejadian banjir besar yang berlaku di Malaysia sebelum ini termasuk bencana terburuk yang digelar Bah Besar tahun 1926.

Bah besar 1926 juga digelar sebagai 'Bah Merah 1926'
Kejadian banjir besar pada tahun itu dianggap paling buruk kerana ia menyebabkan keseluruhan Kuala Lumpur tenggelam.
Pekan Kuala Kangsar semasa bah besar
Pada tahun itu banjir turut melanda negeri-negeri lain termasuk Kelantan, Terengganu dan Perak yang menyebabkan kemusnahan kediaman, jalan raya dan tanaman.
Istana Iskandariah
Banjir besar 1926 turut meranapkan Istana Sri Sayong yang terletak di tebing Sungai Perak sehingga terpaksa diganti baru dengan Istana Iskandariah.

Bagaimanapun tidak banyak rekod diperoleh mengenai bencana tersebut kerana ketika itu Tanah Melayu diperintah oleh British.
Kuala Lumpur 1971
Bah besar di Kuala Lumpur 1971
Banjir kedua terburuk berlaku pada 1971 setelah hampir 50 peratus kawasan Kuala Lumpur ditenggelami air.

Beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak juga mengalami banjir besar berikutan hujan lebat yang turun tanpa henti selama seminggu.
Bangunan Sultan Abdul Samad ibarat sebuah pulau
Banjir yang berlaku sepanjang bulan Januari 1971 itu menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein terpaksa mengisytiharkan darurat dan menubuhkan dua jawatankuasa Kabinet yang berperanan memberi bantuan dan melaksanakan pemulihan banjir.
Kuala Lipis ibarat lautan 1971
Kuala Lipis tenggelam 1971
Bah besar melanda daerah Pekan 1971
Negeri paling teruk dilanda banjir itu ialah Pahang terutama di daerah Pekan, kawasan Parlimen diwakili Tun Razak.
Korban banjir 1971
Banjir hanya surut seminggu kemudian selepas mengorbankan sebanyak 57 orang dan menyebabkan kerugian harga benda kira-kira RM84.7 juta.
Pasar lama MPKB, Kota Bharu turut ditenggelami banjir besar 1971
Kejadian banjir besar lain yang direkodkan di seluruh Malaysia ialah pada tahun 1931, 1947, 1954, 1957, 1967 dan 1971 manakala banjir yang hanya melibatkan negeri-negeri tertentu pula terjadi pada 1973, 1979, 1983 dan 2004.
Peristiwa Bah Merah di Kelantan 1926
Bencana banjir juga dilaporkan berlaku pada 1886. Rekod Inggeris mencatatkan banjir itu disertai tiupan angin kencang menyebabkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa di Kelantan.


Banjir pada 1926 dan 1971 berlaku kerana kelemahan infrastruktur saliran yang tidak mampu menampung hujan dalam kuantiti banyak.

Ia terbukti kemudian apabila kerajaan selepas itu mengambil langkah segera memperluaskan longkang, sungai, empangan dan tali air.

Selepas banjir 1971, kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Tetap Kawalan Banjir, mewujudkan pelan induk saliran untuk bandar-bandar utama dan memperkenalkan sistem amaran banjir. ketiadaan infrastruktur saliran sempurna menyebabkan banjir.

LIHAT VIDEO

Sistem saliran yang direka tidak mengambil kira faktor cuaca luar biasa yang mungkin berlaku berpunca daripada pemanasan global.

Penulis harap mereka yang terlibat dalam perancangan bandar akan belajar daripada sejarah dan mengambil kira faktor peningkatan kepadatan penduduk berikutan pertumbuhan kawasan perumahan dan industri.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan banjir ialah kawasan takungan air seperti paya yang ditimbus untuk pembangunan, pembinaan jambatan terlalu kecil dan rendah sehingga menyebabkan sampah tersekat, air pasang yang menghalang banjir mengalir ke laut dan sungai yang terlalu cetek.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: