NUFFNANG

Sabtu, Disember 06, 2014

VIDEO: TINGGAL DIRUMAH KONTENA BUKAN KERANA MISKIN

Ramai yang salah anggap bahawa keputusan Muhamad Azree Abdul Rahim untuk membuat rumah daripada kontena sebagai satu pilihan terakhir akibat harga rumah yang terus melambung tinggi.

Hakikatnya, Azree membina rumah daripada sebuah kontena yang diubah suai adalah mengikut citarasanya sendiri selepas tertarik dengan apa yang dibuat rakannya, Kapten Ikhwan Azilah.
Diluar negara tinggal dirumah kontena adalah perkara biasa
Malah Ikhwan yang mengusahakan sukan rekreasi luncur udara ataupun paragliding di Bukit Jugra turut memiliki sebuah rumah di Gurney Heights, Kuala Lumpur tetapi lebih gemar tinggal di rumah kontena yang diubah suai di kawasan bukit itu.
Sebuah rumah mewah dari kontena di luar negara, kos murah tapi cantik dan cool
Azree pula bekerja sebagai seorang jurutera perisian komputer di Shah Alam.

Tambahnya lagi, dia mampu membeli rumah besar tetapi lebih suka membuat rumah di atas tanah yang dimilikinya sendiri sekaligus menjimatkan wang.

Baginya membeli rumah hanya mengayakan pemaju dan menyebabkan kehidupan dibebani hutang.

LIHAT VIDEO


Sumber/astroawani.com

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: