Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 19, 2011

Muka kacak ada sedikit sperma

Muka anda  kacak ?



LELAKI yang mempunyai daya tarikan mengeluarkan sperma yang sedikit. - Gambar hiasan.




OXFORD - Wanita yang mahu melahirkan anak dinasihatkan supaya memilih suami yang tidak memiliki daya tarikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis Universiti Oxford dan Universiti Kolej London, lelaki yang mempunyai daya tarikan menarik tidak mengeluarkan banyak sperma ketika melakukan hubungan seks.
Bilangan sperma yang sedikit akan mengurangkan peluang wanita untuk memperoleh anak.
Berdasarkan kajian itu, lelaki yang tidak kacak didapati mengeluarkan lebih banyak sperma.
Lelaki yang kacak mempunyai ramai kekasih dan dipercayai kurang berjaya untuk menjadi bapa kepada anak.
Penemuan itu disokong oleh kajian terhadap ayam dan ikan tetapi para penyelidik berpendapat hasil penyelidikan itu boleh digunakan untuk diaplikasikan dalam konteks manusia.
"Daya tarikan manusia merupakan sesuatu yang kompleks dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk budaya," kata seorang penyelidik, Sam Tazzyman. - Agensi

3 ulasan:

miejigsaw berkata...

ha3...cantik la. Nice share so kalau macam aku half-half...half sperma la itu...ha3 better then nothing...ha3 lawak gelak time membuat comment ni.

hana berkata...

haha..
pe kaitan ikan n ayam ngn manusia???x phm...
lawak seh comment orng ats nh..
haha

namialus67 berkata...

...Tu cuma kajian,yang kacak ke tak kacak ke yang penting...lelaki tu beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: