Nuffnang Ads

Rabu, Januari 04, 2012

Tentera India guna senjata cili



SEORANG petani menunjukkan cili bhut jolokia di India.

GAUHATI, India - Tentera India kini memiliki senjata baru bagi menentang pengganas iaitu cili paling pedas di dunia.
Beberapa pegawai pertahanan semalam berkata, pihak tentera akan menggunakan cili yang dinamakanbhut jolokia atau cili hantu itu untuk menghasilkan gas pemedih mata dalam bentuk bom tangan bagi menumpaskan suspek.

"Grenad bhut jolokia akan menjadi senjata tanpa toksik yang berkesan kerana bau pedasnya membuatkan pengganas tercekik sekali gus memaksa mereka keluar dari tempat persembunyian," kata Pengarah Jabatan Sains Hayat Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO), R. B. Srivastava.
Cili itu disenaraikan Guinness World Records pada 2007 sebagai cili paling pedas di dunia yang dimakan untuk merawat masalah perut dan cuaca panas.
Ia yang ditanam di timur laut India jauh lebih pedas berbanding sos Tabasco atau lada jalapeno. - AP
Cili yang dinamakan bhut jolokia atau cili hantu 




bhutjolokiaindia.jpg 
Cili itu disenaraikan Guinness World Records pada 2007 sebagai cili paling pedas di dunia




2 ulasan:

Shafiq berkata...

Haa... kalah Jalapeno! :-)

Danial hafeedz berkata...

perghhh rasa nk oder satu wat sambal belacan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: