NUFFNANG

Khamis, Jun 21, 2018

KEHEBATAN BUAH NENAS YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

JANGAN TAKUT MAKAN NENAS LAGI LEPAS TAHU KHASIATNYA YANG BANYAK INI.
Nenas antara buah yang ibu hamil takut nak makan kerana kononnya boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan.
Tapi selepas tahu khasiatnya yang banyak, antaranya untuk merawat masalah batuk dan sembelit tak kira orang dewasa ataupun si kecil memang akan beli buah nenas sahaja lah.

Hasil penyelidikan yang dibuat tentang khasiat nenas dan cara buat rawatan secara alami menggunakan buah nenas memang patut diketahui oleh semua orang. Rugi tak makan nenas tau!

Nenas. Antara buah-buahan yang biasanya ibu hamil elak kerana 'tajam'. Benarkah?

Tidak benar sama sekali.

Nenas sangat kaya khasiat seperti

+ Vitamin C dan A yang bagus sebagai antioksidan.

+ Magnesium,

+ Kalium dan kalsium,

+ Posfor dan sukrosa

+ Enzim bromelain

Biasanya sebelum ini, kita akan buang/tidak makan bahagian empulur nenas kan ?

Bahagian empulur nenas. (bahagian keras di tengah nenas) mengandungi enzim bromelain.

Enzim ini sangat kaya dengan komponen anti-radang (anti-inflammatory). Sangat baik untuk rawatan alami beberapa penyakit.

+ Jus nenas (terutama bahagian empulurnya) mempunyai kesan 5 kali lebih baik merawat batuk berbanding ubat batuk sendiri.

+ Enzim ini juga membantu memecahkan 'lemak' protein kepada bentuk yang mudah hadam, dan ini amat membantu sistem pencernaan kita. Jadi selain pisang untuk merawat sembelit, makan empulur nenas.

+ 'Cytotoxicity' dalam rawatan kanser, terutamanya kanser usus. 'Cytotoxicity' ialah keupayaan mengecutkan/membunuh sel kanser dan memelihara sel yang sihat pada masa yang sama

(Sila google 'cytotoxicity'. Dalam perubatan, bromelain diekstrak untuk dijadikan ubat anti-radang yang juga membantu pengecutan sel kanser.).

+ Info tambahan (oleh Puan Ainini Zainal), nenas adalah 'natural inducer'. Namun, jika anda ada reaksi/alahan pada nenas, boleh elakkan pengambilannya.

Dan nenas juga ialah 'natural inducer' untuk memberi rangsangan semasa kelahiran bayi. (natural inducer). Ambil nenas muda dan empulurnya, kerana enzim bromelain sangat 'concentrate' di bahagian tersebut.

Rawatan alami

1. Batuk melalui jus nenas

Kisar nenas bersama bahagian empulurnya. Minum 1 cawan sehari. Boleh dicampur madu, namun nenas itu sendiri sudah banyak sucrosa dan manis.

2. Makan bahagian empulur nenas segar untuk rawatan sembelit

Jika menghadapi perut kembung/sebu atau sembelit, makan nenas segar juga bagus untuk melegakan sistem penghadaman. Makan bahagian empulurnya untuk dapatkan enzim bromelain.

JANGAN BUANG EMPULUR NENAS lagi ya selepas ini!

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: