NUFFNANG

Jumaat, September 20, 2013

FENOMENA ULAR BERKAKI ADALAH BENAR

Ular sebenarnya pada zaman dahulu mempunyai kaki. Ini bukan cerita dongeng, fakta itu diketahui setelah ilmuwan menemui fosil ular berusia 95 juta tahun yang ditemui pada tahun 2000 di Desa Al-Nammoura, Lebanon.

Fosil ular berkaki di jumpai di Lebanon
Berbeza dengan tulang kaki depan yang kelihatan jelas, para pengkaji  harus menggunakan sinar X Ray yang mempunyai resolusi tinggi tiga dimensi (3D) untuk mampu melihat tulang kaki belakang yang tersembunyi dalam fosil batu.
Ular berkaki yang di temui di China pada tahun 2000
Menurut Journal of Vertebrate Paleontology yang dipetik dari BBC, pertumbuhan kaki ular Eupodophis descouensi kian perlahan dan akhirnya hilang.
Ular berkaki yang ditemui di Mexico
Para pengkaji Muzeum Nasional d’Histoire Naturelle, Perancis, hanya menemukan tulang bahagian pergelangan kaki. "Berkemungkinan pergelangan kaki atau bahagian kaki lain patah atau hilang seiring perjalanan waktu," kata Alexandra Houssaye dari muzeum itu.
Ular berkaki yang ditemui di Indonesia
Dari bukti-bukti yang ada, ular mulai kehilangan kakinya sekitar 150 juta tahun lalu.

VIDEO PENEMUAN ULAR BERKAKI DI LAOS :


GEMPAR!!! KISAH BENAR PENEMUAN ULAR BERKAKI DI KENINGAU SABAH
Ular berkaki dua yang ditemui penduduk di Keningau
KENINGAU - Fakta sains menyebut, ular tidak berkaki tetapi di daerah ini, lain yang berlaku apabila seorang penduduk menjumpai ular berkaki.

Ular sepanjang satu meter dan sebesar batang penyapu itu ditemui oleh Jackly Madius Lamangki di Jalan Kampung Bangau di sini ketika dalam perjalanan ke kebunnya.

Bapa saudara Jackly, Richard Raymond memberitahu, akibat takut melihat ular itu 'berjalan', anak saudaranya bertindak melanggar ular tersebut.

''Dia membawa ular yang telah mati itu ke rumah dan menunjukkan kepada kami. ''Kami amat terkejut melihat kaki ular itu terletak di bahagian tengah badan," katanya.

Dia menjelaskan, Jackly membawa bangkai haiwan tersebut pulang ke rumah untuk diawet. Bagaimanapun, bangkai ular itu dibuang oleh ibu Jackly.

''Mujur, dia ada mengambil gambar ular tersebut bagi membuktikan kebenaran penemuan ular pelik ini," katanya. Menurut Richard, ini merupakan kali pertama ular sedemikian rupa ditemui di daerah ini.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: