Namun kewujudannya di oasis Tayma masih menimbulkan misteri kerana bentuk potongannya yang sempurna walaupun dikatakan berusia 4,000 tahun.
Formasi batuan terkenal di dunia itu terdiri daripada dua batu besar yang disokong secara semula jadi.
Kesempurnaannya menjadi bualan di internet, menimbulkan spekulasi mengenai bagaimana ia dihasilkan pada zaman dulu.
Al Naslaa adalah salah satu dari banyak batu di oasis Tayma yang mempunyai penampilan unik, tetapi potongan yang hampir sempurna itu membuatnya begitu menonjol.
Sejak ia ditemui, tidak ada penjelasan bagaimana ia dicipta dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli geologi.
Mereka percaya, ia terhasil daripada pergerakan tektonik yang menyebabkannya batu itu terpecah dua.
Namun, ada saintis lain percaya ia adalah binaan kerana bahan yang berada di sekitarnya lebih cenderung untuk terhakis.
Selain itu ada yang percaya Al Naslaa terbentuk daripada beberapa mineral lemah yang padat.
Terdapat kumpulan lain yang percaya ia adalah karya peradaban kuno yang maju atau ciptaan makhluk asing.
Walaupun kedua-dua teori itu kelihatan mustahil, banyak pihak mempercayai sesuatu berlaku, kerana 'pembahagian' bentuk batu itu kelihatan terlalu sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan