Nuffnang Ads

Ahad, Februari 16, 2014

AEDES BIJAK JERAT MANGSA

1- DEMAM DENGGI yang berpunca daripada gigitan seekor nyamuk kecil iaitu 'Aedes aegypti'. Gigitan yang tidak seberapa itu mampu berkembang menjadi lebih serius dan membawa maut.

DEMAM denggi berdarah boleh membawa maut
2- Hampir dua juta kanak-kanak daripada 230 juta orang yang terkena denggi menderita demam denggi berdarah. Di Asia Tenggara, demam denggi berdarah menjadi antara punca utama kemasukan wad.

3- Penularan penyakit denggi telah meningkat di serata Asia Pasifik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda.

4- Di Malaysia, data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2010 sahaja telah mencatatkan sejumlah 23,189 kes denggi. Dan pada tahun 2014 kes demam denggi semakin meningkat dan menakutkan penduduk Malaysia sekarang, ibarat igauan ngeri jika terkena demam denggi terutama denggi berdarah.

5- Sindrom kejutan denggi dan demam denggi berdarah sahaja telah meragut lebih jutaan nyawa di serata dunia. Namun, di sebalik keseriusan penyakit itu apakah teknik pengasapan (fogging) telah melahirkan generasi vektor nyamuk yang lebih bijak dan kebal asap.
KITARAN pembiakan nyamuk aedes aegypti
6- Pembentukan telur nyamuk dewasa yang hanya mengambil masa enam hingga lapan hari bermakna kaedah terbaik untuk mengurangkan populasinya ialah menerusi pembasmian sumber pembiakan nyamuk.

7- Evolusi perkembangan secara tidak langsung telah membentuk kelompok nyamuk spesies Aedes aegypti yang cenderung hidup berdekatan dengan manusia atau di dalam rumah. Hakikatnya, kelompok serangga itu merupakan nyamuk urban yang lebih menggemari kehidupan di kota berbanding pinggir bandar.
JUGA di gelar 'Harimau Asia'
8- Mudah dikenali dengan jaluran hitam putih pada kaki-kakinya, kedua-dua nyamuk jantan dan betina itu turut terkenal dengan jolokan Harimau Asia. Pada asasnya, nyamuk-nyamuk itu memiliki ukuran sepanjang dua hingga sepuluh milimeter (mm) dengan purata panjang abdomen sekitar 2.63 mm.

9- Saiz nyamuk jantan adalah jauh lebih kecil berbanding nyamuk betina. Satu petanda fizikal untuk membezakan nyamuk jantan dan betina dapat dilihat pada bulu antena nyamuk jantan yang lazimnya lebih lebat.
Antara spesies nyamuk bijak
10- Malah, jangan terkejut jika nyamuk aedes aegypti ini dikelaskan sebagai antara spesies bijak berbanding sepupu-sepupu nyamuk yang lain. Sebabnya, para saintis melihat spesies nyamuk itu bijak menjerat mangsa dengan bunyi desingan sayapnya yang kurang kuat selain pantas menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.
Bahagian buku lali manusia sasaran nyamuk Aedes  aegypti
11- Nyamuk Aedes aegypti juga didapati amat menggemari bahagian buku lali manusia. Lokasi itulah yang dirasakan sesuai untuk melabuhkan satu gigitan maut.

AEDES KALIS RACUN - DIKHUATIRI TIADA PENAWAR UNTUK DENGGI
Aedes dikatakan sudah kebal daripada pelbagai jenis racun serangga.
1- NYAMUK aedes kini mempunyai sistem imuniti (kebal) terhadap racun serangga. Merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan oleh pehak-pehak tertentu.
2- Kajian tersebut mendapati daripada 100 nyamuk aedes, 50 sudah kebal daripada pelbagai jenis racun serangga.

3- Amalan pengasapan yang dilakukan sekarang turut menjadi punca nyamuk kini semakin kebal. Racun itu meresap semasa proses pembiakan nyamuk aedes termasuk racun ‘temphos’.
TELUR NYAMUK Aedes aegypti
4- Ini kerana semasa proses pembiakan, ia menjadi sebati dengan racun itu dan menghasilkan nyamuk yang tidak alah terhadap racun serangga.
LARVA NYAMUK Aedes aegypti
5- Serangga ini menghasilkan enzim esterase yang menjadikan dirinya lebih kuat dan kalis racun. Proses ini dinamakan rantai silang.
PUPA NYAMUK Aedes aegypti
6- Nyamuk aedes juga mudah menyesuaikan diri dengan situasi semasa kerana telur serangga itu mampu hidup tanpa air selama seminggu. Malah dengan setitik cecair sahaja sudah cukup untuknya membiak.

7- Lebih mengejutkan apabila proses pengawanan cuma berlaku sehari dalam rangkaian hidup haiwan itu. Nyamuk betina bahkan kini boleh membiak tanpa kehadiran nyamuk jantan atau dirujuk sebagai ‘aseks’.

8- Ini kerana bahagian spermatika pada badan nyamuk aedes betina mampu menampung lebih 100 sperma jantan untuk disenyawakan.

9- Merujuk kepada virus demam denggi, tiada vaksin yang boleh menyembuhkannya kerana struktur virus itu mampu berubah dari semasa ke semasa.

10- Sama seperti ubat untuk melawan virus demam malaria, kita dikatakan menemuinya, namun virus itu berubah struktur sel. Setakat ini kes demam denggi mengorbankan 2.5 bilion nyawa di serata dunia.

11- Ia mula menyerang negara ini pada tahun 1902 bermula di Pulang Pinang. Tahun 1998, hanya terdapat 1,428 kes namun pada 2004 menjadi 35,926 kes dengan 102 kematian. Ia meningkat 30 kali ganda dalam tempoh 50 tahun.

12- Sebanyak 100 negara melaporkan kes demam denggi dengan purata 50 juta kes setahun dan 500,000 kes kematian akibat demam itu.

13- Kerajaan perlu memikirkan pendekatan terbaik bagi mengurangkan kes demam denggi dengan kempen berkesan di media massa.

14- Kaedah lain yang boleh dilakukan ialah memasukkan jentik-jentik nyamuk jenis toxorhynchites di tempat pembiakan nyamuk aedes.
 Pengunaan ikan gapi bagus untuk menghalang pembiakan Nyamuk aedes 
15- Larva nyamuk ini memakan larva nyamuk aedes. Ia mampu menghalang pembiakan nyamuk aedes selain penggunaan ikan gapi.

16- Kawasan yang padat, pembukaan kawasan baru dan kawasan pembinaan banyak menyumbang perkara ini selain perubahan suhu dunia secara total.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: