NUFFNANG

Sabtu, Februari 15, 2014

GAMBARAN GUNUNG KELUD DI LANGIT SENAI

JOHOR- Fenomena pelangi api kelihatan semalam 14/2/2014 dilangit Senai pada pukul 7.00 malam, bersamaan dengan terjadinya letupan 'Gunung Berapi Kelud' di Indonesia yang sangat dahsyat.

Gunung Berapi Kelud yang meledak pada 14/2/2014
Dikatakan sehingga boleh kedengaran bunyi letupannya sejauh 200 km dari tempat kejadian. Apa yang menjadi misteri pelangi api ini ialah kelihatan sangat mirip seperti sebuah pergunungan, adakah ia gambaran Gunung Kelud yang sedang memuntahkan laharnya di Indonesia?
GAMBAR Pelangi Api seperti sebuah pergunungan di Senai Johor 
Fenomena yang sangat jarang berlaku ini berhasil diabadikan dalam foto dan video oleh mereka yang peka dengan fenomena alam. Di Singapura juga pada waktu yang sama kelihatan pelangi api di langit. Banyak foto yang dapat di rakamkan penduduk disana.

LIHAT VIDEO :

APA ITU PELANGI API?
FENOMENA Pelangi Api
Pelangi api sebenarnya adalah awan yang berwarna-warni. Berdasarkan keterangan NASA, awan ini terjadi kerana awan yang tersusun atas air dengan saiz seragam. Awan ini mampu memantulkan, membiaskan, dan membentuk cahaya seperti pelangi.

Pelangi api biasanya terjadi pada awan yang baru terbentuk. Menurut Weather Channel, pelangi api adalah awan pileus yang terbentuk akibat badai atau ribut luarbiasa yang mendorong udara ke lapisan atmosfera lebih atas atau tinggi melepasi suatu lapisan lembab. Kebetulan semalam terjadinya letusan Gunung Berapi dahsyat di Indonesia, Wallahhu a’lam. 

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: