NUFFNANG

Sabtu, Mac 22, 2014

MH370 : Chef Wan Persenda Operasi, Dikecam Hebat Di Instagram

“Dua objek di Perth dan satu ni I ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS.. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya,”
CHEF terkenal negara Datuk Chef Wan yang sebelum ini lantang mengkritik syarikat Malaysia Airlines (MAS) kerana sajiannya yang tidak menepati citarasanya hari ini dikecam di media sosial Instagram selepas mempersendakan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 milik syarikat penerbangan itu.

Beliau yang dikatakan berada di Pantai Morib menemui satu objek di pantai berkenaan dan dengan gurauan mengatakan beliau menyangka itu adalah pintu pesawat MH370 di laman Instagramnya.

Gambar objek berkenaan turut dikongsi Chef Wan dan akhirnya objek itu sebenarnya adalah hanya pintu sebuah jamban yang sudah usang.

“Dua objek di Perth dan satu ni I ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS.. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya,” kata Chef Wan dalam kapsyen gambar itu.

Imej berkenaan mendapat kira-kira 701 Likes sebelum dipadamkan Chef Wan kerana menerima kecaman dari para pengikutnya di laman sosial itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti keluarga kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai ‘nasi lemak telanjang’.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth. – MYNEWSHUB.MY

ALAMCYBER 2020 - Jangan lepas ni ramai pulak yang 'parodikan' insiden ini dan jadi 'trending' baru...Kasihan keluarga mangsa.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: