Nuffnang Ads

Khamis, Mac 13, 2014

PAKAR KELIRU KEHILANGAN PESAWAT MH370

JURUTERBANG sangat mahir dengan teknologi dalam pesawat MH370
LONDON - Banyak pihak keliru berhubung kehilangan sebuah pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) pada Sabtu lalu ketika kebanyakan negara memiliki teknologi pengesanan yang serba canggih, lapor akhbar Mail Online semalam.

MH370 hilang dari radar secara tiba-tiba
Walaupun dilengkapi perakam data penerbangan, kotak hitam dan sistem komunikasi radio, Boeing 777-200 milik MAS itu hilang pada awal pagi dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China pada Sabtu lalu.

Pakar-pakar masih keliru tentang punca pesawat MH370 terputus hubungan komunikasi dengan sebahagian mereka menyatakan pesawat itu sama ada dibom dan meletup di udara atau hilang dalam lohong hitam aeronautik atau menjadi mangsa perang elektronik.

Dalam pada itu, kehilangan kapal terbang tersebut mungkin juga berpunca daripada perbuatan mematikan sistem komunikasi dalam pesawat.

Seorang pakar kejuruteraan, Dr. Martyn Thomas dari Institusi Kejuruteraan dan Teknologi, London memberitahu, beliau berpendapat kehilangan pesawat MH370 itu berpunca daripada penyahmampatan pesawat yang menyebabkan para penumpang dan kru pengsan manakala peralatan komunikasi turut rosak.
MH370 dilengkapi enjin yang sangat berkuasa
Dalam senario tersebut, Boeing 777-200 masih boleh terbang dengan menggunakan sistem kemudi automatik tanpa penglibatan manusia sejauh 3,200 kilometer.
 Lohong hitam aeronautik
Satu lagi kebarangkalian adalah kapal terbang itu mungkin terjatuh ke dalam lohong hitam aeronautik di rantau berkenaan, kata seorang lagi pakar penerbangan Akademi Kejuruteraan Diraja, London, Stewart John.

"Radar digunakan untuk menjejaki pesawat di kawasan penempatan penduduk tetapi apabila pesawat tersebut memasuki pedalaman seperti bahagian dalam Rusia atau hutan rimba Malaysia, satu-satunya kaedah pengesanan adalah supaya pesawat berkenaan menghantar maklumat pada kadar masa yang tetap," jelasnya.

Kata John, kotak hitam yang sebenarnya berwarna oren digunakan untuk merakamkan sebarang arahan yang dihantar ke pesawat, komunikasi radio atau komunikasi sesama kru.

Apabila sesebuah pesawat hilang, kotak hitam akan aktif pada frekuensi tertentu iaitu dalam tempoh 30 hingga 70 hari.

Peralatan tersebut boleh dikesan dalam lingkungan lapan kilometer.

Kotak itu direka untuk kebal daripada impak pesawat terhempas, tekanan laut dalam dan kalis suhu ais atau api.

"Namun, pasukan-pasukan penyelamat boleh terlepas pandang jika mereka tidak berada pada jarak sesuai atau menggunakan frekuensi yang betul," kata Stewart.

Menurutnya, terdapat juga kemungkinan kotak hitam penerbangan MAS itu musnah akibat letupan kuat seperti bom.

Terdapat teori lebih radikal yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan peperangan elektronik susulan pengesahan sekurang-kurangnya 20 penumpang pesawat tersebut merupakan kakitangan firma semikonduktor Amerika Syarikat, Freescale.

Setiap penumpang itu memiliki pengetahuan tentang teknologi elektronik untuk aplikasi pertahanan.

Ia termasuk teknologi untuk menjadikan pesawat itu "halimunan" sekali gus gagal dikesan oleh radar.

Laman web Beforeitnews melaporkan teknologi tersebut melibatkan susunan panel kaca yang digunakan untuk memesong cahaya di sekitar objek.

Beberapa teknik lain melibatkan teknologi menghentikan isyarat untuk mengelak pesawat itu dikesan oleh radar. - Agensi

-sumber-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: