Nuffnang Ads

Selasa, September 09, 2014

VIDEO: UFO TERHEMPAS DI RUSIA

UFO YANG TERHEMPAS DI RUSIA PADA TAHUN 1968
Pada 1998, rancangan TNT daripada Amerika Syarikat dalam segmennya,‘The Secret Files of KGB’ (DARI FAIL SULIT KGB) telah menyiarkan sebuah penemuan yang memaparkan anggota KGB menyiasat tapak terhempasnya sebuah pesawat yang dipercayai UFO.

Rancangan TNT yang dihoskan oleh Roger Moore dikatakan telah mendapat keizinan ekslusif ini daripada sebuah agen daripada Rusia dengan bayaran 10,000 dollar pada ketika itu. 

LIHAT VIDEO

Rancangan yang bermula dengan anggota-anggota KGB menaiki trak jenis ZIS151 keluaran tahun 1950-an. Anggota-anggota KGB ini kemudiannya turun di sebuah tapak terhempasnya UFO. Kawasan terhempasnya UFO dipercayai berlaku di Sverdlovsky(dahulunya dikenali dengan Yekatrinburg).

Sverdlovsky dikatakan sering menjadi tumpuan UFO sejak tahun 1940-an. Berpuluh-puluh fail penampakan UFO telah direkodkan secara teliti di Sverdlosky. Maka, kejadian yang berlaku pada 1968 adalah kemuncak kepada segala penampakan yang direkodkan sejak Perang Dunia Kedua.

Beberapa bukti yang menyatakan kejadian di Rusia pada 1969 ini benar

1. Pernyataan pelbagai saksi

Pernyataan berkenaan terhempasnya UFO di Rusia pada 1969 telah direkodkan. Saksi itu membuktikan bahawa operasi Sverdlosky Midget benar-benar telah berlaku. Operasi Sverdlosky Midget adalah operasi khas yang dilakukan oleh KGB untuk menyiasat kewujudan tapak terhempasnya UFO.

2. Dokumen

Dalam rancangan TNT kelolaan Roger Moore, terdapat beberapa dokumen sulit daripada Jabatan Pertahanan USSR telah ditunjukkan. Ia diperkukuhkan dengan artikel daripada surat khabar Kuznitsa yang bertajuk ‘Berezovky Dream’ bertarikh 29 November 1968.

Akhbar ini menceritakan dengan terperinci berkenaan objek terbang yang tidak dikenali pada 26 November 1968. Salah satu daripada objek tersebut kemudian terhempas di kawasan hutan di Berezovky, Sverdlosky di Rusia.

3. Surat

Arahan bernombor 481 pada Mac 1969 daripada Kementerian Pertahanan Soviet beralamat kepada Pengarah Pasukan Pertahanan Udara di Kem Tentera Svedlovsky, Leftenan Jeneral A.G. Ponomarenko.

Arahan dalam surat tersebut menyebut tentang bantuan dalam segenap cara kepada pihak berkuasa KGB dalam operasi Sverdlovsky Midget. Surat tersebut kemudian ditandatangani oleh Pengarah Tertinggi Unit Pertahanan Udara USSR, Kolonel Jeneral S.D.Lebedev.

Sebuah lagi surat bertarikh 3 November 1969 kepada Pengarah Jabatan Penyelidikan Saintifik KGB, Kolonel Grigoriev A.I. Surat tersebut mempunyai cop KGB yang jelas. Dalam surat tersebut, ia menceritakan bahawa pada 5 March 1969, sebuah objek yang tidak dikenali telah terhempas di Sverdlovsky.

Objek tersebut mempunyai ketinggian 3 meter dan berdiameter 5 meter. Tambah dalam surat itu lagi, sekujur mayat ‘makhluk asing’ telah dijumpai berhampiran objek yang tidak dikenali tersebut.

Beberapa lagi ciri yang boleh dianggap tulen adalah footage pada permulaan video ini ditayangkan. Ia jelas menunjukkan anggota KGB berseragam lengkap. Anggota KGB kemudian berkawad dengan cara yang mustahil untuk dilakonkan.

Pelbagai kecaman

Kejadian terhempasnya UFO sekitar 1968 bagaimanapun telah dianggap palsu(hoax) dan dikecam oleh beberapa pengkaji UFO. Mereka mendakwa bahawa kawasan terhempasnya UFO tidak menunjukkan circle point atau kesan kebakaran dashyat sepertimana jika berlakunya pesawat-pesawat terhempas.

Mereka juga mendakwa video yang memaparkan saintis-saintis Rusia sedang melakukan bedah siasat kepada sekujur makhluk asing adalah palsu sama sekali.Mereka mengatakan makhluk asing tersebut layak dipanggil patung kerana tidak memiliki ciri-ciri fizikal makhluk asing.
ALIEN
Namun, persoalannya, bagaimana mereka tahu bagaimana rupa sebenar makhluk asing? Untuk pengetahuan, imej makhluk asing dicipta oleh Hollywood. Dan imej inilah yang telah di gunakan di seluruh dunia sehingga kehari ini.

INFO TAMBAHAN:
TEKNOLOGI KOMPUTER DI KATAKAN BERASAL DARI UFO
Untuk pengetahuan anda komputer dan peralatan telekomunikasi yang manusia hari ini gunakan juga dikatakan diambil dari teknologi makhluk asing atau Alien.
INILAH KOD KOMPUTER DISEBALIK GAMBAR-GAMBAR YANG KITA LIHAT
Kerana bahasa yang di gunakan dalam sesebuah perisian komputer sebenarnya berdasarkan bahasa-bahasa yang begitu asing bentuknya yang juga di panggil sebagai kod komputer. Dan kod-kod ini dikatakan sangat menyamai tulisan-tulisan yang terdapat pada kapal angkasa makhluk asing yang terhempas kebumi.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: