Nuffnang Ads

Sabtu, November 15, 2014

VIDEO: SUBHANALLAH...INIKAH GAMBARAN API NERAKA DI MUKA BUMI?

PAHOA 16 Nov. - Lahar Gunung Kilauea telah mengalir sejauh 20.9 kilometer dan merosakkan kira-kira 1,000 kediaman penduduk Pahoa, Hawaii sejak gunung berapi itu memuntahkan laharnya pada 27 Jun lalu.

Terbaharu, lahar gunung berapi dirakam menuruni tebing dekat sebuah pusat kitar semula di sini seolah-olah seperti ‘sungai berapi’ ketika fenomena berkenaan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.


Satu rakaman video yang menunjukkan tiga ‘air terjun lahar’ yang bergerak perlahan, memusnahkan pagar besi di kawasan itu awal minggu lalu.

Lahar yang merentasi kawasan kebun dan penempatan orang awam membawa asap serta api dengan suhu mencecah 1,093 darjah Celcius.


Gunung Kilauea dilapor meletus secara berterusan selama lebih 31 tahun. Sebelum ini, muntahan lahar pernah memasuki kawasan Royal Garden dan Kalapana pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Antara tahun 1983 dan 1990, aliran lahar telah memusnahkan lebih 180 buah rumah tetapi sejak 2012, tiada kerosakan dilaporkan akibat fenomena semulajadi itu.

Satu rakaman video menunjukkan tiga aliran lahar menuruni tebing di sebuah pusat kitar semula di Pahoa, Hawaii baru-baru ini.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: