Nuffnang Ads

Jumaat, Mei 01, 2015

Video: Kit Anti Histeria di cipta untuk gangguan jin, syaitan dan iblis.

Di dalam Al-Quran dan Sunnah, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang kewujudan jin, syaitan, iblis, roh dan ilmu sihir. Terdapat juga banyak dalil yang menunjukkan tentang merawat diri kita dengan ayat-ayat Al-Quran, dan doa-doa yang diajar oleh Nabi supaya melindungi diri kita dari kejahatan makhluk-makhluk-Nya, termasuklah gangguan jin, syaitan dan iblis.




Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah melancarkan Kit Anti Histeria untuk mengubat masalah histeria yang kerap dihadapi pelajar di sekolah berasrama atau universiti.

Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Dr Mahyuddin Ismail berkata, kit itu dihasilkan selepas melakukan kajian terhadap penyakit berkenaan selama lima tahun.

“Penyakit histeria bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi turut berlaku di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan dan beberapa negara lain.
Mahyuddin (kiri) menerangkan mengenai Kit Anti Histeria kepada Asma (kanan).
“Kit ini dibuat mengikut kaedah Pusat Rawatan Al-Manarah, Rawang merawat pesakit histeria dan rasukan. Kaedah ini sudah digunakan pusat berkenaan lebih 20 tahun,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kit Anti Histeria oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Asma Ismail.

Menurutnya, pihaknya sudah mencuba kit tersebut di 11 sekolah di seluruh negara dan kesemua pesakit histeria berjaya disembuhkan dengan selamat.

Katanya, terdapat empat bahan di dalam kit itu terdiri daripada kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang sudah dibacakan ayat al-Quran.

Menurutnya, kit tersebut dijual dengan harga RM8,750 sekotak.

Katanya, harga itu termasuk kursus yang akan diberikan kepada pembeli kit tersebut.

Video: Kit Anti Histeria di cipta untuk gangguan jin, syaitan dan iblis.

“Kursus ini meliputi cara menggunakan kit ini dan apa yang perlu dilakukan untuk mengubati histeria,” katanya.

Mahyuddin berkata, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan kit itu boleh menghubungi syarikat Ranum Merah Sdn Bhd sebagai pengedar yang sah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: