Nuffnang Ads

Jumaat, Ogos 21, 2015

Pengakuan Ziana Zain Pasal Mirofon Terbang

Mikrofonnya 'terbang' ketika sedang membuat persembahan
PENYANYI bersuara tinggi, Ziana Zain menyifatkan kejadian mikrofonnya 'terbang' ketika membuat persembahan sebagai sesuatu yang kelakar sepanjang kerjayanya.


Video Ziana akui mikrofon 'terbang' memang kelakar
"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyayian, saya mahu mengangkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting. 

"Selamat saya tidak jatuh. Tetapi ketika kejadian, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itula, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," katanya.

Beberapa hari lepas, video mikrofon  Ziana Zain 'terbang' ketika membuah persembahan di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015) mencuri perhatian netizen.

Namun sikap profesional Ziana dalam menangani insiden yang memalukan itu mendapat pujian. 

"Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar.

Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," katanya dipetik portal berita tempatan. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: