NUFFNANG

Ahad, Mac 06, 2011

Kejutan DNA orang utan

Orang utan Oh Orang utan...

BERBANDING manusia, DNA Orang Utan tidak mempunyai kod genetik yang dikenali sebagai Alu.


KETIKA spesies Orang Utan dikatakan berada di ambang kepupusan, analisis asid deoksiribonukleik (DNA) penuh yang dijalankan oleh sekumpulan saintis menemukan harapan baru.
DNA haiwan primat berkenaan didapati mempunyai genetik yang jauh lebih beragam berbanding apa yang pernah difikirkan.
Kajian berkenaan yang telah diterbitkan dalam jurnal sains Nature, turut membongkar bahawa genom Orang Utan hampir tidak berubah sejak 15 juta tahun lalu, berbanding manusia dan cimpanzi.
Pernah mendiami seluruh Asia Tenggara, hanya dua populasi haiwan berkenaan masih kekal di dalam hutan dan kedua-duanya terletak di kepulauan Indonesia.
Sebanyak 40,000 hingga 50,000 ekor masih hidup di Borneo, manakala di Sumatera, aktiviti perhutanan semula dan pemburuan telah mengurangkan komuniti haiwan berkenaan kepada kira-kira ekor 7,000 sahaja, menurut laporan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
Kedua-dua kumpulan itu dipisahkan secara genetik kira-kira 400,000 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan spesies yang berasingan walaupun berkait rapat. Di Sumatera, ia dipanggil sebagai pongo alelii dan di Berneo, pongo pygmaeus, jelas laporan itu.

MANUSIA boleh mendekati keistimewaan Orang Utan di zoo mahupun di pusat perlindungan dekat habitat semula jadi.


Konsortium antarabangsa yang mengumpulkan lebih 30 saintis menterjemahkan urutan genom penuh Orang Utan Sumatera betina yang digelar Susie.
Mereka kemudiannya melengkapkan turutan genom bagi 10 lagi Orang Utan dewasa, lima dari setiap populasi.
“Kami menemui bahawa Orang Utan mempunyai genetik yang lebih beragam berbanding manusia,” kata Devin Locke yang merupakan pakar genetik di Universiti Washington di Missouri, Amerika Syarikat.
Manusia dan orang utan mempunyai persamaan genetik sehingga 97 peratus, berbanding 99 peratus berbanding manusia dengan monyet.
Namun, kejutan besarnya adalah bilangan yang jauh lebih kecil di Sumatera menunjukkan lebih kepelbagaian dalam struktur sifat DNAnya berbanding ‘sepupunya’ di Borneo.
Walaupun membingungkan, saintis memberitahu ia mungkin dapat membantu memulihara spesies berkenaan dan membantu survivalnya.
“Kepelbagaian genetik Orang Utan adalah berita baik kerana dalam jangka masa panjang, ia mampu membantu dalam usaha mengekalkan populasi seterusnya usaha pemuliharaan,” kata profesor Kolej Perubatan Baylor, Jeffrey Rogers.
Melestari alam
ORANG Utan mampu menzahirkan perbuatan dan ekspresi yang mirip tabiat manusia.


Bagaimanapun, kata Rogers, takdir spesies itu yang kadangkala menonjolkan sikap dan ekspresi yang menakutkan manusia, bergantung kepada usaha manusia melestari alam sekitar.
“Sekiranya hutan musnah, kepelbagaian spesies itu tidak membawa apa-apa makna. Habitat mereka adalah yang paling utama.
“Sekiranya keadaan ini kekal sehingga 30 tahun akan datang, kita tidak akan mempunyai Orang Utan di hutan,” ujarnya.
Para penyelidik juga dikejutkan oleh sedikit perubahan pada kestabilan genom orang utan sejak dua kumpulan habitat itu terpisah dalam jalur evolusi.
Satu petunjuk yang mungkin menjadi punca kurangnya perubahan struktur DNA orang utan adalah ketiadaan kod genetik yang dikenali sebagai Alu, berbanding manusia.
“Dalam genom Orang Utan, kami menemui hanya 250 salinan Alu baru sejak 15 juta tahun lalu,” kata Locke.
MANUSIA dan orang utan mempunyai persamaan genetik sehingga 97 peratus.


Orang Utan adalah satu-satunya spesies terancam teruk yang berumah di atas pokok. Di hutan liar, mereka boleh hidup selama 35 hingga 40 tahun, atau bertahan untuk tempoh 10 tahun lagi.
Orang Utan betina melahirkan anak setiap lapan tahun dan tempoh itu merupakan yang terpanjang berbanding spesies mamalia lain.
Penyelidikan lebih awal menunjukkan spesies berkenaan bukan sahaja dapat mempelajari cara menggunakan alatan, tetapi berkemampuan untuk mempelajari budaya dan memiliki ciri-ciri eksklusif manusia.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: