NUFFNANG

Sabtu, Mac 19, 2011

Wanita curang kerana hormon




ATRES Tori Spelling berasmara dengan McDermott ketika dia masih bersuami. Adakah dia curang kerana hormon dalam tubuhnya? Gambar kecil Meg.




HOUSTON - Golongan wanita yang curang dengan lelaki lain boleh menyalahkan hormon berhubung tindakan mereka itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut satu kajian, wanita yang mempunyai paras hormon seks estrogen yang tinggi didapati tidak berpuas hati dengan pasangan mereka sekali gus mudah berlaku curang.
Kajian yang dijalankan oleh seorang saintis, Dr. Kristina Durante dari University of Texas di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati wanita seperti itu biasanya mempunyai bentuk fizikal yang menawan.
Dr. Durante berkata, dalam kajiannya dia mendapati wanita jelita lebih cenderung menggunakan kelebihan mereka itu untuk mencari pasangan terbaik.
"Wanita jelita bukan sahaja mempunyai banyak pilihan untuk memilih pasangan tetapi mereka juga mempunyai standard tinggi yang sukar dipenuhi lelaki," katanya.
Menurutnya, dalam kajian itu, dia mengukur paras oestradiol yang merupakan satu bentuk hormon estrogen terhadap 52 pelajar wanita sebelum melakukan satu soal selidik.
Penemuan itu mungkin menjelaskan kenapa beberapa aktres jelita kerap menjalin hubungan sulit seperti Meg Ryan dan Tori Spelling.
Spelling yang sudah berkahwin pernah tidur dengan aktor Dean McDermott manakala Meg menjalin hubungan dengan pelakon Russell Crowe ketika dia masih menjadi isteri Dennis Quaid. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: