Play
Pengguna panik
KUALA LUMPUR: Penjualan telur ayam tiruan yang dikesan berlaku di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang, kelmarin menimbulkan rasa panik kebanyakan pengguna sekitar ibu kota yang hampir keseluruhannya tidak mengetahui perbezaan antara telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan.
Malah, kewujudan telur ayam tiruan itu menyebabkan segelintir daripada pengguna gusar hingga sanggup membuat keputusan tidak akan membeli bekalan telur ayam di pasaran untuk sementara waktu atas alasan bimbang turut menjadi mangsa membeli telur ayam tiruan.
Tinjauan di beberapa pasar basah, pasar raya, kedai borong dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati isu kewujudan telur tiruan berkenaan turut dikhuatiri bukan saja pengguna malah mendatangkan kebimbangan semua peniaga akibat khuatir bekalan telur yang dijual adalah tidak asli.
Tiruan...Yang mana satu ? |
Menurutnya, dia percaya bekalan telur yang terdapat di kedainya adalah asli kerana sudah melakukan penelitian dengan memecahkan beberapa biji telur untuk melihat isi kandungan telur tersebut bagi memastikan keaslian telur itu.
“Mengikut maklumat yang saya ketahui, telur tiruan berbentuk seperti telur gred A tetapi selepas dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur selain berbuih dan kelihatan cair berbanding telur asli,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Pengguna, Abdul Rahim Hashim, 26, berkata isu kewujudan telur ayam tiruan di pasaran memang mengejutkan dan seolah-olah tidak percaya terdapat pihak yang sanggup melakukan perkara itu demi mengaut keuntungan semata-mata.
Abdul Rahim berkata, perkara berkenaan perlu dipandang serius terutamanya kepada pihak berkuasa dan individu yang berkaitan bagi sama-sama membanteras perkara ini daripada terus merebak di seluruh pasaran tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan