JOHOR BAHRU - Ada logo halal tetapi haram dimakan kerana berperisa babi.
Itulah aduan kiriman melalui e-mel oleh Amir Amin yang terbeli mi segera tersebut di sebuah kedai runcit di Woodlands, Singapura pada 4 Mei lalu.
Menurut Amir, dia dan isterinya hanya menyedari perkara tersebut selepas sampai ke rumah mereka di Johor Bahru.
Bertindak atas rasa tanggungjawab kerana bimbang mi itu turut dibeli oleh rakyat Malaysia yang lain, Amir memberitahu, dia telah membuat aduan kepada pemilik kedai tersebut dan difahamkan ia telahpun ditarik daripada pasaran.
"Bagaimanapun, saya bimbang seandainya mi yang dipercayai buatan Vietnam ini telah berada di pasaran negara kita.
"Ini memandangkan jarak di antara Johor dengan Singapura bukanlah jauh sangat," katanya.
Sehubungan itu, dia berharap agar orang ramai lebih berhati-hati dengan barangan yang dibeli walaupun terdapat logo halal.
"Periksa dulu kandungan yang tertera pada bungkusannya sebelum mengambil keputusan untuk membeli.
"Ini soal halal haram dan sebagai umat Islam, kita amat sensitif mengenainya," katanya.
1 ulasan:
macam mana kita nak tahu kalau ada unsur yang haram ni?kalau tertulis terang-terangan mesti tak beli punya takut guna nama yang kita sendiri tak tahu
Catat Ulasan