NUFFNANG

Ahad, Mei 29, 2011

Tumbuhan ajaib serbaguna

Kandungan asik askorbik yang tinggi dalam roselle dapat membantu badan membina sistem pertahanan yang kuat.

KANDUNGAN nutrisi yang tinggi pada roselle menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi.


SATU ketika dahulu roselle menjadi sebutan ramai. Dengan khasiat kepelbagaian fungsi tanaman itu, penghujung tahun 1990-an roselle menjadi kegilaan para petani dan penggemar makanan sihat di Malaysia.
Tetapi lewat kebelakangan ini, hasil penjualan roselle tidaklah hebat seperti tanaman kontan lain, buah yang dikenali dengan nama saintifik hibiscus sabdarifa L semakin hilang populariti.
Namun, tiada siapa yang dapat menafikan kelebihan nutrisi yang ada pada tanaman yang sebenarnya berada dalam keluarga spesies bunga raya itu.
Roselle yang berasal dari Afrika adalah pokok yang boleh mencapai ketinggian mencecah antara tiga hingga lima meter dan berbunga sepanjang tahun. Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga.
Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek.
Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.
Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.
Kandungan vitamin C dan mineral esensial dipercayai mampu melawan radikal bebas yang mendorong kepada penyakit kanser selain kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang.
Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, roselle mempunyai kemampuan untuk meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan membina sistem pertahanan yang kuat.
Salah satu nilai perubatan tinggi yang ada pada roselle ialah nutrisinya mampu menurunkan kandungan kolesterol dan menstabilkan tekanan darah.
Khasiat perubatan roselle itu didedahkan oleh penyelidik Universiti Malaya, Profesor Dr. Rais Mustafa dan Profesor Dr. Mustafa Ali Mohd. yang mengakui kepelbagaian nutrisi pada roselle jarang ada pada bahan semula jadi lain.
"Roselle turut membantu proses metabolisme dalam badan manusia dan proses pengoksidaan secara berterusan. Ia dapat merangsang dan melancarkan air kencing serta juga menurunkan tekanan darah.
"Malah, roselle juga mengandungi banyak asid organik yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga," katanya.

ROSELLE digunakan untuk menghasilkan produk jeli, teh roselle, kordial dan kek.


Dengan faktor tambahan seperti hampir keseluruhan pokok itu dapat digunakan, ramai pakar botani menggelarkan roselle sebagai magical plant. Daun roselle telah lama diambil oleh masyarakat zaman dahulu sebagai ulam-ulaman yang berkhasiat.
Sementara batangnya pula merupakan fiber putih berkualiti tinggi yang dapat digunakan untuk menghasilkan berus dan tali.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: