NUFFNANG

Khamis, Jun 02, 2011

Gempar Imej hantu pocong dirakam

GAMBAR yang dirakamkan oleh Suharno menunjukkan hantu pocong di belakang anaknya.


DESA BETUNG, Indonesia - Seorang lelaki, Suharno secara tidak sengaja terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika, lapor sebuah akhbar semalam.
Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri.
Dia turut bimbang Jesika dilanda trauma kerana fenomena aneh itu.
Gambar itu dirakamkan semasa Jesika bermain di halaman belakang rumah mereka di sini, Sumatera Selatan pada 10 Jun lepas.
Lebih membimbangkan Suharno, dia diberitahu oleh seorang bijak pandai tempatan bahawa pocong itu mengikuti anaknya kerana hantu tersebut sedang mencari korban.
Pocong merupakan hantu yang tubuhnya dibalut dengan kain putih.
"Saya bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Meskipun kebenaran kata-kata orang bijak pandai itu belum pasti, saya berharap anak saya selalu berada dalam lindungan Yang Maha Kuasa," katanya. - Agensi

1 ulasan:

HAFIZAL berkata...

mintak dijauhi............doa byk2

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: