NUFFNANG

Ahad, Jun 19, 2011

Gempar meteor jatuh

TIGA... keping gambar ini menunjukkan rakaman meteor jatuh ke Bumi sebelum meletup dan mengeluarkan cahaya cerah di Edmonton, Kanada Khamis lalu.
 EDMONTON – Satu cahaya meteor menyebabkan satu siri panggilan kecemasan dilaporkan kepada polis di bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada Khamis lalu, lapor sebuah akhbar.
Seorang petani, Marcel Gobeil berkata, pada mulanya meteor itu kelihatan seperti percikan bunga api dan mempunyai pelbagai warna di angkasa.
“Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini, ia berwarna hijau, dan biru seterusnya bertukar menjadi merah. Ia sungguh besar,” katanya.
Pihak perkhidmatan kecemasan di wilayah Alberta menerima banyak panggilan bermula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan pada Khamis lalu dengan terdapat laporan terdengar satu dentuman.
Polis juga tidak meragui laporan itu kerana satu rakaman video dari sebuah kereta polis berjaya merakamkan insiden tersebut di Edmonton.
Imej video itu menunjukkan satu cahaya kecil menjelma di angkasa sebelum menjunam ke arah Bumi dan hilang dalam satu letupan cahaya selama lima saat.
Beberapa pakar astronomi akan mengkaji pita rakaman dan laporan saksi bagi menentukan lokasi meteor itu jatuh walaupun seorang saintis di Edmonton, Alister Ling menyatakan ia mungkin berlaku di tengah Alberta.
Seorang profesor di Universiti of Alberta, Chris Herd berkata, meteor itu mungkin seberat beberapa tan dan panjang satu meter. – Agensi



LADIES & GENTLEMEN, START YOUR ENGINES. IT'S TIME TO GO TO HONG KONG!

CLICK HERE NOW !

Did you know that up to 75% engine wear happens at start up?
Stand a chance to win exciting prizes like a trip to HK Disneyland to celebrate your victory & iPad2!

Come and play the Castrol Magnatec Augmented Reality game on FB and see intelligent molecules cling to the engine's critical parts.
Take up the challenge against start-up engine wear with Castrol Magnatec, giving you instant protection from the moment you turn the key! ;)

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: