NUFFNANG

Rabu, Jun 22, 2011

Tersilap bedah


TOKYO - Sebuah hospital di Jepun  mengaku bahawa sekumpulan doktor tersalah membuang payu dara kiri seorang pesakit.
Kesilapan itu berlaku selepas tisu sampelnya bercampur dengan milik seorang pesakit kanser.
Pada tahun lalu, wanita berumur 40-an itu menjalani imbasan mammogram dan diberitahu bahawa dia mungkin menghidap kanser payu dara. Doktor-doktor kemudian membuang payu daranya.
Namun, satu pemeriksaan terperinci mengenai tisu payu dara menunjukkan dia mempunyai mastopathy yang merupakan simptom sama dengan kanser tetapi sepatutnya tidak memerlukan sebarang pembedahan.
"Kami sangat kesal kerana telah menyebabkan pesakit itu menderita yang tidak boleh dibaik pulih," kata Pengarah Hospital Besar Saiseikai, Tatsuya Itoshima. - AFP

Original Link : http://www.health-updates.org/news/top-stories/japanese-woman-loses-breast-in-hospital-blunder/
ARE YOU THE CUTEST THING?

Click Here !

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: