NUFFNANG

Jumaat, September 09, 2011

Lepas gian guna wap najis manusia


KOTA BHARU - Tak dapat dadah, najis manusia pun boleh, asalkan dapat lepas gian dadah.
Itulah penemuan terbaru Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang tidak menolak kemungkinan penagih di negeri ini menggunakan wap najis manusia untuk meningkatkan rangsangan menggantikan dadah.

Penagih dadah dikatakan terpaksa berbuat demikian berikutan kesukaran mendapatkan bekalan dadah dan harganya pula semakin mahal.
Pengarahnya, Wan Addenan Wan Mohd. Noor mengakui penggunaan wap najis manusia sudah meluas digunakan di beberapa buah negara di Asia Tenggara.
"Kita menjangkakan penagih di negeri ini turut menggunakan wap najis manusia kerana penggunaan ini lebih mudah dan tidak menggunakan wang," katanya ketika ditemui semalam.
Bagaimanapun, pihaknya belum mengenal pasti penagih yang terlibat dan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu akan berlaku.
Menurut beliau, selain wap najis manusia, penggunaan tawas yang dikenal pasti semakin popular digunakan oleh penagih untuk meneutralkan air kencing dari kesan dadah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gila sengal!

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: