NUFFNANG

Rabu, September 14, 2011

Lima fakta

PERTINGKATKAN kualiti kesihatan anda dengan lima fakta kesihatan paparan pada minggu ini untuk kebahagiaan anda sekeluarga.
Wanita menangis 64 kali setahun


MENANGIS boleh melegakan perasaan seseorang.


SUDAH sah bahawa wanita menangis lebih kerap, lebih lama dan dramatik berbanding lelaki!
Menurut satu kompilasi kajian saintifik yang dijalankan oleh Persatuan Oftamologi Jerman, secara puratanya, wanita menangis di antara 30 hingga 64 kali setahun. Sedangkan lelaki hanya menangis sekitar enam hingga 17 kali dalam tempoh yang sama.
Tempoh tangisan lelaki biasanya berlangsung sekitar dua hingga empat minit manakala sesi tangisan wanita pula kira-kira enam minit.
Para penyelidik mendapati wanita menangis ketika dibelenggu sesuatu masalah yang sukar diselesaikan atau apabila teringat kenangan lampau.
“Lelaki pula lazimnya menangis apabila mengasihani orang lain atau ketika berdepan dengan kegagalan sesuatu hubungan,” jelas salah seorang penyelidik.
Fungsi sebenar menangis masih tidak dikenal pasti. Namun, tangisan dipercayai menjanjikan sesuatu kesan yang melegakan tuan empunya badan. – German Society of Ophthalmology
Produk tenusu untuk langsing
PERCAYAKAH bahawa produk tenusu sebenarnya dapat membantu proses penyingkiran berat badan dan mencegah masalah obesiti? Ya, itulah hasil kajian terbaru sekumpulan saintis dari Universiti Teknologi New Curtin Australia.
Pengambilan produk-produk tenusu dalam kalangan sekumpulan peserta obes yang dikaji mendapati lemak pada abdomen dan tekanan darah mereka berkurangan.
Dalam kajian selama 12 minggu itu, berat badan peserta yang mengambil lima hidangan produk tenusu didapati menunjukkan pengurangan lebih banyak berbanding dengan peserta yang dihidangkan tiga hidangan diet yang sama.





“Kajian seumpama ini belum pernah dikaji. Diet seperti ini mengandungi paras protein, kalsium dan vitamin D yang tinggi, selain nutrien-nutrien bioaktif.
“Kesemua bahan ini penting sebagai sebahagian daripada pelan pengurangan berat badan atau diet pengekalan berat badan seseorang,” jelas Dr. Chan She Ping Delfos yang bertindak selaku ketua penyelidik.
Produk-produk tenusu itu boleh mengenyangkan perut serta meningkatkan kadar metabolik badan. Tetapi, jika ditambah ke dalam diet berkalori tinggi, ia bagaimanapun tidak akan memberi kesan pengurangan berat badan. – Independent
Kesan menghisap jari
BAYI yang menggunakan botol susu, puting palsu (pasifier) atau menghisap jari berkemungkinan terdedah kepada risiko tinggi mendapat gangguan pertuturan apabila dewasa nanti.
Para penyelidik kesihatan dari Corporacion de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur di Patagonia, Chile dan Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) telah mengkaji sejumlah 128 orang kanak-kanak.
Kanak-kanak berusia di antara tiga hingga lima tahun itu tergolong dalam kumpulan yang memiliki amalan menghisap jari. Mereka yang menghisap jari atau menggunakan pacifier untuk tempoh melebihi tiga tahun didapati tiga kali ganda menghadapi masalah menyebut sesetengah perkataan apabila memasuki prasekolah.





“Hasil kajian mendapati tabiat menghisap jari atau puting palsu boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan anak kecil,” kata Clarita Barbosa, salah seorang penyelidik. Dia memberitahu terdapat peningkatan dari segi penggunaan botol susu dan puting palsu sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Laporan tersebut turut mendedahkan koordinasi antara pernafasan, mengunyah, menelan dan kepetahan bertutur ada kaitan dengan penyusuan ibu. – Journal BMC Pediatrics
Kopi kurangkan perkembangan penyakit hati
BERITA baik untuk penggemar minuman kopi. Terbaru, para penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan beberapa cawan kopi sehari berpotensi mengurangkan perkembangan penyakit hati.
Menurut ketua penyelidik dari Institut Kanser Kebangsaan (NCI) AS, Neal Freedman, pengambilan lebih daripada tiga cawan kopi sehari dalam kalangan pesakit hepatitis C dan penyakit hati tahap kronik akan membuahkan kesan positif.
“Perkembangan penyakit ini boleh dikurangkan sebanyak 53 peratus berbanding pesakit yang tidak mengambil minuman kopi,” katanya.


KOPI berpotensi mengurangkan perkembangan penyakit hati.



Beliau memberitahu kajian tersebut melibatkan seramai 766 peserta.
Para penyelidik mendapati terdapat pelbagai cara perkembangan penyakit hati dapat dikurangkan menerusi pengambilan kopi. Ini termasuk pengurangan risiko mendapat diabetes jenis kedua, mengurangkan keradangan yang dipercayai punca berlakunya fibrosis dan sirosis pada hati.
Kajian itu mendapati kandungan kafein dalam kopi didapati mampu menyekat pembentukan kanser hati pada tikus makmal.
Pengambilan teh hijau atau hitam yang juga mengandungi kafein bagaimanapun tidak memberi impak besar kepada perkembangan penyakit hati. – Journal of Hepatology
Kesan alkohol terhadap kejayaan IVF
GOLONGAN wanita yang mengambil di antara satu hingga sembilan unit wain putih seminggu adalah 24 peratus lebih rendah peluangnya untuk hamil dalam prosedur penyuburan In-vitro (IVF).
Kesan yang sama juga dilihat pada lelaki yang mengambil minuman bir setiap hari.
Seramai 2,574 pasangan telah dikaji dari segi kadar pengambilan dan jenis alkohol yang diambil sebelum menjalani IVF.





Ketua penyelidik, Brooke Rossi berkata, potensi untuk hamil bagi pasangan yang mengambil melebihi enam unit minuman beralkohol seminggu adalah berkurangan secara signifikan.
Potensi wanita untuk hamil telah dikurangkan sebanyak 18 peratus. Kesan ini sangat ketara lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita yang mengambil wain putih dan bir bagi lelaki. – American Society for Reproductive Medicine

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: