Akhirnya Teka-Teki Ayam & Telur Terjawab
Masih ingat tak dengan teka taki “antara telur dan ayam, siapa yang tercipta dulu ?”
Pasti ingat bukan ? Tiada siapa yang dapat jawab soalan ini dengan tepat dan yakin.
Hingga ia terus menjadi tanda tanya orang ramai dan akhirnya soalan itu tergantung begitu sahaja dan orang ramai mula hilang minat teka-teki yang tidak berkesudahan ini.
Walaubagaimanapun, teka-teki ini sebenarnya bukan sahaja popular di negara kita sahaja. Rupanya luar negara juga terfikir soalan yang sama.
Tetapi baru-baru ini satu kumpulan penyelidik dari Universiti Shefield dan University Warwick, United Kingdom telah membuat penyelidikan dengan menggunakan super komputer HECToR dan mendapat jawapan kepada soalan lagenda yang sering membuatkan orang ramai terdiam bila di tujukan soalan seperti itu.
Penyelidik menemui bahawa protein yang diberi nama Ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis bagi mempercepatkan proses pembentukan cengkerang telur dalam tubuh seekor ayam dalam tempoh 24 jam sebiji telur terhasil.
Penemuan ini jelas membuktikan bahawa telur tidak dapat di hasilkan tanpa protein OC-17 yang ada dalam setiap tubuh ayam. Maka terbuktilah bahawa ayam yang terlebih dahulu wujud sebelum sebiji telur.
2 ulasan:
Memanglah ibu dulu, barulah ia dpt bertelur.
jawapan da ada dalam Al-Quran pun.
Catat Ulasan