NUFFNANG

Isnin, September 12, 2011

Piano Maya

Rasakan muzik secara talian
Sembilan pilihan instrumen.

Jika anda bukan komposer lagu sekalipun,anda akan berasa seronok dengan piano maya atau virtual keyboard ini.Ia membolehkan anda bermain piano atau lapan lagi instrumen lain seperti organ,saxophone,flute,pan pipes,strings,gitar,steel drums dan double bass secara talian.

Jika anda seseorang yang tidak dapat dipisahkan dengan lagu pula dan selalu ingin berkarya,laman web ini pasti membantu.Mungkin ketika itu anda hanya mempunyai sambungan ke rangkaian dan sebuah komputer.Maka lawati laman web ini untuk mencurahkan hasil seni anda serta-merta.Bagi orang seni,idea selalu datang secara tiba-tiba.

Virtual keyboard bertindak sama seperti keyboard fizikal lain.Dengan menekan kunci,bunyi tertentu akan dihasilkan.Anda boleh bermain secara mod play yang membenarkan not lagu dipilih mengunakan tetikus pada kekunci piano maya atau anda boleh bermain dalam mod Chord dimana pintasan tertentu papan kekunci komputer anda akan turut menekan kekunci piano maya ini bagi not yang anda inginkan.Arahan kepada pintasan turut disediakan jika anda tidak biasa dengan pintasan papan kekunci komputer untuk bermain piano.

Selain itu,piano maya ini turut menyediakan enam rentak dram daripada yang berentak perlahan kepada lebih rancak (fast beat) bagi mengiringi gubahan lagu anda.Sekiranya  anda mahu menyimpan gubahan lagu yang telah anda karang di virtualkeyboard ini pula,gunakan perakam suara pada komputer atau gabungkan dengan perisian perakam lain.Bolehlah anda simpan hasil karya anda ini atau berkongsi dengan orang ramai lagu yang telah anda hasilkan secara talian.Jom mari kita layari laman web berikut http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/music/piano/index.htm

Rentak dram turut disediakan

Mod Chord.

Mod bermain dengan kawalan tetikus.

Gunakan Sound Recoder untuk merakam lagu.

Arahan pintasan kekunci.

Homescreen Keyboard Virtual.



Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: