NUFFNANG

Ahad, Oktober 02, 2011

Benang keluar dari lutut



ZAHARAH menunjukkan seutas benang putih yang terjuntai keluar didakwa daripada lutut kiri anaknya, Nur Shalwani dalam kejadian aneh di kediamannya di Kota Bharu .

MISTERI. Penyakit gatal yang dialami seorang gadis sejak setahun lalu bertukar sebaliknya apabila beberapa urat benang keluar dari lutut kirinya.

Kejadian pelik yang menimpa Nur Shalwani Mohamed, 14, berlaku lebih kurang pukul 10 malam kelmarin selepas dia mengadu badannya panas dan gatal-gatal yang luar biasa kepada ibunya.
“Saya terjaga daripada tidur, lalu keluar bilik mendapatkan mak yang baru selesai solat Isyak setelah tidak tahan dengan penyakit gatal yang saya alami.
“Ketika berbaring di sebelahnya, lutut saya terasa gatal dan mendapati ada dua urat benang sepanjangn 6.5 sentimeter terjuntai keluar.
“Saya cuba tarik keluar benang tersebut tetapi tidak boleh kerana terasa sakit,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya dekat Kem Kijang di Kota Bharu, Kelantan semalam yang memberitahu berasa terkejut dan takut selain bimbang ia boleh memudaratkan dirinya.
Sementara itu, ibunya, Zaharah Mamat, 48, berkata, beliau tidak tahu punca kejadian aneh yang menimpa anak bongsu dari lima beradik itu tetapi memberitahu penyakit gatal dialami anaknya itu diwarisi daripada dirinya.

2 ulasan:

hana berkata...

erk..
x pi hospital ke??
pe plak la agaknye tu..

namialus67 berkata...

Mungkin ulat kot,cuma nampak macam benang...Apa2 hal pun ken gi check kat hospital pakar.Thanks hana atas respon anda.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: