PETALING JAYA – Beribu-ribu kereta di jalan raya yang menggunakan gas asli sebagai bahan api diibaratkan seperti ‘peluru berpandu bergerak dengan bom’, menurut Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM).
Setiausaha Agung persatuan itu, S. Piarapakaran berkata, kereta berkenaan diibaratkan seperti itu kerana pemilik kenderaan tersebut menggunakan bengkel-bengkel haram dan membiarkan mekanik yang tidak berkelayakan untuk memasang tangki gas berkenaan di kereta mereka.
Beliau berkata, penyelidikan WECAM menunjukkan bahawa hanya untuk menjimatkan beberapa ringgit, pemilik sanggup mengabaikan aspek keselamatan dengan menggunakan bahan dan hasil kerja yang tidak baik untuk dipasang di kereta mereka dengan tangki gas asli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan