NUFFNANG

Ahad, Oktober 02, 2011

Mesej pakaian dalam



SEBANYAK 67,000 pakaian dalam digantung di kawasan lapang.

BIASANYA, pakaian dalam berperanan sebagai satu produk yang melindungi anggota tubuh wanita. Sejajar peredaran zaman, pakaian dalam telah dipelbagaikan reka cipta, pilihan warna dan corak yang sekali gus memberi nilai tambah kepadanya. Ia juga boleh menjadi lambang kepada kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Justeru, muncul aktiviti yang menggunakan produk ini untuk mengumpul derma.


SEORANG pelancong merakamkan foto pakaian dalam yang pelbagai.

Inisiatif aneh sebuah stesen radio yang berpangkalan di Kanada ini boleh menjadi contoh dalam membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kanser Payu Dara Quebec.

INISIATIF aneh ini sempena memberi kesedaran kanser payu dara.

Stesen ini telah mengumpul kira-kira 67,000 baju dalam dan menggantungnya di sebuah kawasan lapang yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Montreal, Kanada.
Koleksi baju dalam ini adalah sumbangan masyarakat setempat dan selebriti terkenal bagi merealisasikan misi pertubuhan tersebut dalam membawa kesedaran tentang kanser payu dara dalam kalangan wanita tempatan. - 

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: