NUFFNANG

Jumaat, November 11, 2011

Rahsia Paku Emas

Pokok Paku Emas atau Penawar Jambi.

RAHSIA HERBA
Hutan memang kaya dengan khazanah perubatan yang tidak terhingga banyaknya. Boleh dikatakan setiap pokok yang tumbuh melata, menjalar dan yang tinggi menegak, kesemuanya mempunyai khasiat yang tersendiri.
Umpamanya pokok paku emas, yang tumbuh meliar di belukar dan hutan tebal mempunyai khasiat perubatan bagi menghentikan darah akibat luka dan seterusnya menjadi penawar bagi penyembuhannya.
Caranya ialah dengan mengikis lugut atau bulu yang berwarna emas yang terdapat pada dahan kemudian letakkan pada bahagian yang berdarah. Dalam kalangan masyarakat Orang Asli, mereka sering menyimpannya dalam bentuk yang sudah dikeringkan sebagai langkah berjaga-jaga apabila terluka.
Bulu yang berwarna emas...
Nama saintifiknya Cibotium barometz. Ada yang memanggilnya penawar jambi, bulu pusi dan berbagai lagi. Daun paku emas tersusun rapi seperti pokok pakis, tetapi saiznya jauh lebih besar dengan tangkai daunnya berwarna hitam dan keras.
Pokok yang tua akan membentuk batang yang tinggi sehingga empat meter.
Jika pelepah atau daun yang mati diurus dengan baik, pokoknya akan kelihatan cantik dan menarik. Sebab itulah dalam pembinaan landskap moden hari ini, pokok paku emas mula mendapat tempat sebagai pokok hiasan.
Daun mudanya berbentuk gelung dan mengeluarkan lendir seperti keluarga pakis.
Akarnya juga boleh di buat hiasan.
Ia juga boleh dijadikan sayur dan jika dimakan dalam jumlah yang banyak boleh melawaskan buang air besar.
Selain itu, putik daun yang masih diselaputi bulu-bulu berwarna emas pula digunakan sebagai antiseptik bersama pembalut luka bagi mencegah pembiakan bakteria (Burkill 1935).

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: