NUFFNANG

Rabu, Disember 07, 2011

Awas NGV 'Ali Baba'



PEKERJA yang memasang NGV perlu mendapat perlu mendapat tauliah daripada MLVK. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Jika anda berhasrat untuk memasang gas asli untuk kenderaan (NGV), anda dinasihatkan periksa dulu latar belakang pemilik kedai, jika tidak anda mungkin mendapatkan khidmat pemegang tauliah 'ali baba'.

Itulah senario yang berlaku apabila ratusan pusat pemasangan NGV yang tumbuh bagai cendawan menyebabkan kedai aksesori, kedai tayar dan bengkel membaiki kenderaan turut mengambil kesempatan untuk memberikan perkhidmatan tersebut.
Namun apa yang berlaku ialah kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh pekerja yang tidak mempunyai tauliah daripada Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan bengkel itu pula tidak diktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Akibatnya, terdapat ramai pengguna mengalami masalah dan kerugian selepas memasangnya dengan harga antara RM2,800 dan RM6,800 kerana tidak dipasang dengan betul dan barangan yang digunakan pula tidak berkualiti.
Apa yang membimbangkan, kesilapan yang dilakukan itu boleh mengundang kemalangan serius seperti kebocoran gas, kerosakan mekanikal pada peralatan dan seterusnya menganggu kelancaran enjin bagi sesebuah kenderaan.
Tinjauan Kosmo! ke beberapa kedai di seluruh Lembah Klang mendapati terdapat bengkel-bengkel yang menggunakan sijil daripada bengkel bertauliah.
Seorang daripada pengusaha bengkel tersebut memberitahu, permintaan yang tinggi menyebabkan dia tidak melepaskan peluang turut menyediakan kemudahan pemasangan NGV itu kerana mampu meraih keuntungan yang banyak.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: