Sebahagian rakaman perbualan dalam kokpit yang disiarkan.menyokong dakwaan sebelum ini bahawa pelanggaran dengan sekumpulan burung menyebabkan enjin pesawat itu rosak.
Seorang pegawai penyiasat, Kitty Higgins berkata, rakaman suara itu menunjukkan kapten pesawat berkenaan memaklumkan kehadiran sekumpulan burung.
"Beberapa saat kemudian rakaman itu merakamkan bunyi hentaman kuat sebelum diikuti dengan bunyi enjin yang kehilangan kuasa.
"Kapten itu kemudian memaklumkan bahawa kedua-dua enjin pesawat tersebut kehilangan kuasa dan dia kini terpaksa mengambil alih kawalan," katanya.
Satu lagi kotak hitam yang merakamkan rekod penerbangan juga menunjukkan bahawa kedua-dua enjin pesawat itu kehilangan kuasa secara serentak.
Dalam kejadian itu, 155 orang yang menaiki pesawat itu terselamat selepas pendaratan cemas dilakukan di Sungai Hudson. - AFP
Bulu burung yang melekat pada pesawat,di jadikan sebagai bahan bukti menyebabkan pesawat terhempas. |
Burung adalah mesin terbang terbaik di dunia. Dalam video ini akan Anda menemukan perancangan mengejutkan pada struktur aerodinamik burung, sistem pemandu arah mereka, maupun sejumlah teknik penerbangan yang berbeza.
Tubuh burung tidak hanya menjadi saksi bagi penciptaannya, akan tetapi juga merupakan bukti kuat yang menggugurkan Darwinisme: Paru-paru burung, rekabentuk bulunya, serta banyak ciri-ciri burung lainnya membantah teori evolusi, yang menganggap kehidupan di bumi sebagai peristiwa yang muncul dan terjadi secara kebetulan, tanpa disengaja dan tidak diciptakan.
Saksikan video berikut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan