NUFFNANG

Rabu, Mac 21, 2012

Pari Gergasi Air Tawar

 
SEORANG ahli biologi dari Amerika Syarikat (AS), Zeb Hogan keriangan apabila pemandu arahnya yang juga seorang pemancing, Rick Humphreys berjaya menangkap seekor ikan pari air tawar gergasi yang jarang ditemui seberat 22 kilogram di Sungai Maeklong di Thailand.
Mereka kemudiannya mengikat tali pada insang ikan tersebut dan membalut ekor berbisa haiwan itu sepanjang 1.52 meter dengan tuala.
Menurut Humphreys, ikan pari yang ditangkap kali ini merupakan 10 kali lebih besar daripada ikan pari terbesar yang pernah ditangkapnya.
"Ini merupakan satu permulaan. Masih terdapat ikan pari yang lebih besar," katanya.
Humphreys berkata, ikan pari air tawar terkenal di kalangan pemancing kerana kekuatannya yang biasanya boleh mengakibatkan tali pancing putus.
Menurutnya, dia memerlukan enam jam dan seramai 15 orang terpaksa membantu untuk menaikkan ikan pari gergasi tersebut.
GAMBAR ini menunjukkan Hogan bergambar dengan ikan pari gergasi di Sungai Mekong, Kemboja .
Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa sekumpulan nelayan di Kemboja berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi seberat 500 kilogram dengan sayap sepanjang 4.3 meter.
Bagaimanapun, cerita itu hanya khabar angin dan sekiranya Hogan berjaya mengesahkan cerita tersebut, dia mungkin mencipta rekod dunia untuk ikan air tawar terbesar.
Ikan air tawar terbesar yang pernah direkodkan adalah seekor ikan keli seberat 239 kilogram yang ditangkap di Sungai Mekong, Thailand.
"Ikan pari itu mungkin ikan air tawar terbesar di dunia. Bagaimanapun, saya tidak pernah bertemu dengan ikan sebesar itu walaupun sudah lima tahun mencari ikan pari di Sungai Mekong," kata Hogan.
Hogan kini dalam misi menjelajah dunia untuk mencari ikan air tawar terbesar di dunia yang merupakan sebahagian daripada projek Megafishes yang ditaja oleh National Geographic Society.





Projek itu bertujuan mendokumentasi dan melindungi ikan air tawar gergasi yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 91 kilogram atau mempunyai panjang melebihi 1.83 meter.
Projek itu akan membawa Hogan menjelajah ke 14 sungai di enam benua termasuklah Sungai Mekong, Sungai Nil di Mesir, Sungai Mississippi di AS dan Sungai Amazon di selatan Amerika.
Menurut Hogan, kebanyakan spesies ikan air tawar gergasi kini diancam kepupusan kerana pencemaran sungai, aktiviti menangkap ikan dan pembinaan empangan.
"Daripada 22 spesies ikan gergasi hampir 70 peratus daripada jumlah itu kini diancam kepupusan," katanya.
Hogan berkata dia sangat tertarik dengan ikan pari air tawar atau nama saintifiknya Himantura chaophraya kerana masih banyak belum diketahui berhubung haiwan itu.
"Banyak persoalan berhubung ikan pari ini masih tidak terjawab seperti adakah ia benar-benar dari spesies ikan air tawar dan di mana ia membiak?," katanya.
Ikan pari itu yang kini termasuk dalam senarai haiwan yang hampir pupus di percayai boleh dijumpai di sungai-sungai di Thailand sehingga ke utara Australia.
Spesies ikan pari itu hanya ditemui oleh para saintis 18 tahun yang lalu dan jumlah populasinya masih belum diketahui.
Ikan pari juga hampir mustahil untuk dikesan kerana ia gemar berada di dasar sungai yang berlumpur mencari makanan seperti ikan kecil, udang dan ketam.
- AP
Jom Kita Tengok Video Pari Gergasi Air Tawar . . .

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: