NUFFNANG

Jumaat, Julai 20, 2012

Inilah Air Terjun Paling Tinggi Di Dunia

Berketinggian hampir 1.000 meter membuatkan sebuah air terjun di Venezuela mendapat gelaran sebagai air terjun paling tinggi di dunia. Kerana ketinggian nya, air terjun ini diberi nama Angel Falls yang bererti air terjun malaikat.

Di hujung Gunung Auyantepui di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima, Venezuela, Amerika Selatan, air terjun ini mengalirkan air dari ketinggian 979 meter. Nama air terjun ini sebenarnya diambil dari nama pilot yang pertama kali terbang untuk mencari lombong emas pada tahun 1963, seperti yang dipetik dari Wikipedia pada Khamis (19/7/2012). 


Pilot tersebut bernama James Crawford Angel kemudian melihat air terjun tersebut dan mendaratkan pesawat tidak jauh dari lokasi. Untuk mengenang penemuannya, maka air terjun tersebut diberi nama Angel Falls.
Akan tetapi, ada juga pelawat dan wartawan menamakan tempat ini sebagai air terjun malaikat kerana ketinggiannya. Tinggi air terjun ini memang menakjubkan, iaitu mencapai 979 meter. Oleh kerana tingginya yang hampir 1 km membuatnya seperti ada malaikat yang akan jatuh dari puncak gunung.
Pemandangan indah tentu tidak hanya terbentang di bawah air terjun saja, tapi juga di puncaknya. Tidak perlu bersusah payah mendaki, sebab Anda boleh menikmati pemandangan tersebut dengan menggunakan pesawat. Nikmati Taman Nasional Canaima dari udara dengan membayar USD 60 .


 Air terjun akan terlihat seperti kain putih yang halus di antara tebing coklat. Nikmati juga hutan yang hijau diselimuti dengan kabut putih, maka pemandangan tersebut akan menghayalkan anda,Seolah-olah berada di alam bunian.


LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: