NUFFNANG

Selasa, Julai 24, 2012

Kalimah Allah Di Temui Di Cap Jari


Kalimah Allah telah dijumpai secara tidak sengaja pada cap jari seorang manusia yang identitinya tidak diketahui. Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar.

Subhanallah! Kalimah Allah di Cap Jari,Kalimah Allah telah dijumpai pada cap jari seorang manusia yang identitinya tidak diketahui. Dalam gambar yang banyak tersebar di internet ini.
 Apa-apa pun, mari kita lihat cap jari yang mempunyai kalimah Allah ini. Semoga iman dan amal kita bertambah insyaAllah. Subhanallah. Maha Suci Allah.


Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;


أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ (3) بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ (4)
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. 


Surah al-Qiyamah ; 3-4


Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam 
AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.
Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda 'eksklusif' seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.


Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh manusia sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang kepentingan dan keajaiban cap jari 
ini lebih seribu tahun yang lalu di mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: